❤️15

159 7 0
                                    

Imani dengan kelam kabut masukkan tisu ke dalam beg.



Pap





"Ya Allah.. Boleh jatuh pulak. "

Baru Imani mahu capai plaatik tisu itu, tisu itu telah diambil oleh seseorang. Cepat-cepat Imani tengakkan badan semula.

"Eh.. Iman.. Lama eh kita tak jumpa."Mikhail hulur plastik tisu itu dengan senyum lebar.

Ahh sudah. Imani mula tak sedap hati. Kalau ada Mikhail, mesti ada Aniq. Hari ni pulak hari kerja dan memang tepat-tepat waktu makan tengah hari. Semestinya kalau bos dekat sini, mesti ada team tingkat 18.

"Lahh.. Keras pulak dia. Are you okay, Iman? "Mikhail tunduk sedikit untuk lihat penuh wajah isteri sahabatnya.

"Ah? Err... Saya okay.. Cuma tu la.. Saya pun terkejut. Betul la tu.. Lama kita tak jumpa. "Iman mula tengok kiri dan kanan. Mampus kalau terserempak ni. Hati dia sekarang ni bukan boleh. Berapi je tengok sepasang mata tajam Aniq tu.

"Hehe.. Erm.. Saya nak tanya la. "Mikhail peluk tubuh.

"Tt--tanya apa tu? "Mati la kau Iman... Imani sorok gugup dengan betylkan lipatan tudung.

"Belon 3 bulan lepas.... Cute tak?" Mikhail senyum sungguh-sungguh. Kalau boleh, keluar sparkle sekali.

Belon? Belon mana pulak ni? Takkan Mikhail yang bagi Jay belon-belon tu. Kenapa bukan bagi pada Aniq? "Belon? Err.. Hehe.. Belon mana eh? "

Gelak segan Imani buat Mikhail sikit terkedu. "Laa.. Hari tu kan Aniq surprise dekat Iman. Ala.. Belon pink.. Merah.. Biru... Bentuk hati. Ada kan? "

"Err.. Tak ada laa.. Dia bagi orang lain la kot tu. "Imani makin tak senang hati. Aniq bagi siapa belon-belon tu? Dia ke?

"Tak mungkin.. Saya siap beli belon yang ada huruf. Cukup-cukup saya beli nama Iman. Serius tak dapat? Hmm... Ni mesti kes dia terlepas belon tu. "Mikhail gelak halus sambil geleng kepala.

"Terlepas? "Imani pulak makin pelik. Kenapa nak terlepas belon ringan macam tu?

"Ya la.. Aniq ni anti sikit belon. Bukan sikit pun... Banyak. Kalau boleh, dia nak putar balik masa bagi belon ni tak pernah wujud atas muka bumi Allah. Lahaii.. Lawak plus sedih pulak ingat balik. "Mikhail pegang dada bila hati tak tau nak nangis ke gelak.

"Err.. Lawak plus gelak? Kenapa macam tu? "Imani gelak halus sambil mempersoalkan kenyataan Mikhail tadi.

"I bet, he don't want you to know about this... But, can you keep it to yourself? "Mikhail angkat kedua belah kening.

Imani angguk teragak-agak. Alamak. Jerat diri sendiri betul mulut ni. Dah la dia bukan dalam situasi nak tau kisah silam Aniq. Tak pasal teringat gaduh semalam.

"Dulu... Kalau tak silap... Masa dekat asrama, dia pernah kena surprise prank.. Saya dengan Hakim pergi kem masa tu. Dia pulak kena stay asrama sebab result pertengahan tahun tak berapa elok. Kena pulak hari tu birthday dia. Apa lagi.. Disebabkan dia ketua asrama paling sempoi, budak-budak pun buat rileks. "Mikhail betulkan posisi berdiri.

"Nak dijadikan cerita, budak-budak dengan kawan satu batch buat surprise masa dia tengah syok study dekat tembok. Wujudlah belon-belon yang diorang letupkan.. "Mikhail masukkan tangan dalam poket seluar.

"Aniq hampir hilang nyawa masa tu. Nasib tangan dia silang pada grill dekat tangga. Hampir patah jugak la tangan kiri dia. Nasib tak ada apa. Haaaa.. Start situ la dia tak boleh dengan belon." Mikhail senyum hambar.

Janan Imani Raya! ✔Where stories live. Discover now