Hah..
Hah..
Hah...
Nafas Imani memberat. Kain yang menutup matanya sangat ketat. Memang tak boleh nak intai pun.
"Siapa korang ha?! "
Tak pasal Imani menjerit pulak sebab terlalu panik. Nak melawan memang tak sebab dia tak larat sangat lepas asyik berjalan melepaskan rasa bersalah diri.
"Puan tunggu dalam ni. Jangan ke mana-mana. "Dalam suara garau itu menyapa gegendang telinga Imani.
"Wehh!!! Awak siapa?! Saya dekat mana ni??~~WAAAA! "
Imani tak dapat tahan sebaknya. Menitis lebat bagai air hujan musim tengkujuh air mata ke pipi.
"Saya banyak dosa dengan suami saya! Saya isteri derhaka untuk suami saya! Abang!! Janan.... Janan..."
"Janan minta maaf! "
Imani yang dah tersandar pada kerusi dah serupa kain melorot jatuh. Lembik dia atas kerusi empuk lagi mewah itu.
Baru nak sambung mengeluh dengan nasib diri, Imani terdengar bunyi pintu di tutup. Lagi Imani nak meraung.
"Cik? Encik?! Wehhh... Dah tinggal aku sorang-sorang pulak... Halah~~…Dah la mata ni korang tutup. Lepas tu tinggal aku sorang-sorang.. Abang! ~~ Janan minta maaf.. Janan rindu abang.. Baby pun rindu dekat dad dia~~"Imani pegang kain yang menutup matanya. Habis make up yang mati-matian Sarina lukis pada wajahnya.
"Rin!! Make up mahal kau dah aku bazirkan.. Rin!~~ Tolong aku, Rin.. "Imani terus-menerus menangis dengan sayu di situ.
Klak!
"Hah?! Dah siapa pulak?! "Imani bangun perlahan-lahan lalu berjalan perlahan ke belakang kerusi yang Agak besar tu.
Lari!
Terasa selamat di belakang kerusi besar itu, Imani letak dahi pada tempat sandar kerusi. Perut yang sedikit mengeras sedikit-sebanyak menyukarkan proses teknik pernafasan relaks dia.
Baru mahu angkat dahi, terasa ikatan pada mata melonggar. Terus keras Imani di situ. Mata dah siap pejam awal-awal. Kalau dia kena bunuh hari ni... Serius talk dia akan hantui pembunuh dia tu! Grrr!
Apabila terasa kain itu terlepas, Imani terus teresak.
"Sayang... Hey.. "
"Ishh... Tengah takut-takut ni nak muncul suara abang.. Ta--tadi.. Tadi tak nak pulak telinga ni main-main. "Imani monolog sendiri. Sedih benar gayanya.
"Sayang.. Hei.. Abang la ni. "Aniq pusingkan Imani menghadapnya.
Imani geleng kepala laju. "Ihh... Jauh la.. Aku ada sorang je suami. Aku ada sorang je Aniq Azizi~~"
Aniq cuba tahan senyum. Berbunga jugak la dengar ayat jujur dari dasar hati seorang Janan Imani ni. Dah boleh kot jadi starter enjin jet ke angkasa rasanya.
Aniq berdehem untuk hilangkan rasa gembira sekejap. serius Aniq, serius!
"Janan Imani binti Aisar."
Zap!
Berdiri terus bulu roma Imani. Terdiam sungguh dia jadinya. Kejap itu juga, Imani angkat kepala. Punya takut dengan nada ton suara macam tu.
Nampak sahaja Aniq di sebalik silau air mata, tak bernafas terus wanita itu.
"Aa--aabang?"Imani lap mata dengan tangan. Habis comot matanya dengan air mata dan maskara.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...