"Sayang!!! "
Aniq terlompat kebelakang bila ikan yang dimasukkan dalam kuali mula meletup. Satu penutup periuk ada atas kepala. Satu lagi entah tutup apa dah jadi perisai macam Shield Captain America. Dalam tangan ada sudip yang dipegang hujung sahaja.
"Abang.. Elok-elok la.. Tu.. Sudip tu ada minyak.. Nanti kena kaki.. "Imani beri arahan dari meja makan.
"Sayang.. Doakan abang hidup lagi lepas goreng ikan. "Aniq dah siap macam nak pergi berperang.
"Ya Allah.. Suami aku ke ni? "Imani pegang kepala. Pening dengan perangai suami.
"Dah la.. Tepi. Biar Janan yang masak.. Nanti tak pasal-pasal melecur tangan abang pulak kan.. "Baru Imani nak bangun, Aniq dah berlari ke depan kuali.
"Eh.. Duduk situ balik. Dah.. Dah.. Abang ok je ni. Haaa.. Tengok. "Aniq terbalikkan ikan dengan muka yakin.
Pop!
"Arghh!! Sakit sssi---"Aniq campak sudip dalam kuali. Mulut terasa nak mencarut tapi terkunci mulut bila tengok Imani dah keluarkan ketam dia.
"Astaghfirullahalazim... "Melorot Aniq jatuh ke lantai.
Imani tersenyum nipis. Anak mama sungguh la Aniq Azizi ni. Kena minyak macam kena bom.
"Meh sini meh.. Alolo.. Kesian abang baby ni.. "Imani gamit Aniq ke meja makan. Botol kicap dia ambil.
"Bak tangan. Janan bubuh ubat. "Aniq yang berjalan guna lutut dia tengok.
"Laa.. Kenapa bubuh kicap? Tadi kata nak bubuh ubat? Sayang.... "Aniq tarik tangan ke sisi bila setitik kicap jatuh atas lengan.
"Abang.. Duduk diamlah.. Nilah ubatnya.. Tu la.. Duduk negara orang lama sangat. Sampai petua orang sendiri pon lupa habis. "Imani ambil tangan yang kemas terkunci di sisi Aniq.
Aniq reda. Kicap pun kicaplah.. "Ya lah, sayang.. Bubuh la apa pun."Aniq usap rambut Imani.
Imani dah senyum sampai ke telinga. Entah kenapa.. Sejak dua tiga hari ni.. Dia suka kena belai dengan Aniq. Rasa berbunga je hati ni. Rasa dah boleh buka taman bunga dah.
Ok. Itu over.
"Abang.. Ikan tu.. Dah nak hangus. "Imani sempat terhidu Bau yang hampir hangit.
"Allah! Ikan aku! "Aniq terus lompat lalu lari ke arah dapur.
Aniq angkat ikan tergesa-gesa. Imani sempat menjeling ikan uang diangkat Aniq. Boleh la.. Tak hangus kira Bagus la tu.
"Wahh.. Cayalah abang.. Abang boleh, goreng ikan laa.. "Imani tepik tangan, bila ikan dah dihidang depan mata.
"Mestilah kena pandai.. Nanti tak adalah isteri abang ni megidam tak dapat. "Aniq cuit hujung hidung Imani.
Imani tersipu atas kerusi. Haa.. Tengok.. Ada je modal dia nak buat Imani terdiam. "Dah la.. Jom makan. "
Imani ambil pinggan atas periuk nasi. Eh? Imani kerut dahi. Dia cari pinggan depan Aniq. Tak ada weh!
"Abang.. Tak makan ke? "Imani letak tangan atas meja. Pinggan dah bertukar tangan.
"Nak makan la ni. Ni tak nampak? "Aniq tunjuk pinggan yang Imani hulur tadi.
"Tapi tu pinggan Janan. Pinggang abang.. Abang tak ambil eh? "Imani tegakkan belakang.
"Ni pinggan kita berdua. Ala sayang.. Bila lagi nak sweet-sweet? Esok abang dah nak kerja. "Aniq ambil ikan tadi masuk dalam pinggan.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...