Imani bangun daripada baringan. Kaki yang cramp tadi dia cuba gerakkan.. Fuhh.. Dia hembus nafas lega.
Nasib dah boleh gerak. Imani capai telefon tepi bantal. Apabila skrin menyala, terpampang 30 miss call dari Aniq Azizi. Hati mula rasa risau. Takut-takut Aniq marahkan dia sebab degil tak jawab telefon.
Aplikasi whatsapp pula dia buka memandangkan ada 70 unseen message dari seseorang.
Apabila ruang chat terbuka, nama paling atas sekali menarik perhatian Imani. Bibirnya mula ditarik membentuk lengkungan. Hati yang tadi gusar bertukar suka.
"Tau kalut aku tak jawab call. Siap nak bervideo call lagi." Imani baca satu persatu pesanan Aniq. Bermula dengan soalan ok ke tak.. Lepas tu bertukar jadi ayat minta maaf. Memang typical seorang Aniq Azizi yang suka overthinking.
Imani mengambil keputusan untuk berdiam diri hingga Aniq mulakan semula misi menyedapkan hati sendiri. Telefon dia letak semula atas bantal. Perut yang sudah kelihatan buncit sedikit dia usap lapar. Ya la.. Pukul 8 tadi dia tertidur.. Sekarang dah pukul 11 malam.
Dia bangun lalu bilik air dia tuju. Nak solat Isyak dulu. Lepas tu... Misi mencari makanan!!!
Pintu peti sejuk dia tahan guna lengan kiri. Kaya dan beberapa keping cheese dia rembat sekali. Sebelum menutup pintu, sekotak susu Good Day coklat dia tarik dari pintu.
Sebuku roti yang dah tinggal separuh dia tarik lalu duduk di meja makan. Nasib semua jenis tidur awal. Kalau tak.. Mau malu dia kena sakat dengan Adara.
Sibuk mengunyah roti sampai terlupa untuk ambil sudu. Roti cheese bakar dalam tangan dia letak dalam pinggan. Baru setapak dia mahu menuju ke almari, tiba-tiba telinganya menangkap suara pagar berlaga dengan sesuatu.
Imani bergerak ke sliding door. Kain langsir yang elok beralun dia selak untuk lihat siapa di pagar. Tak nampak. Dia bergerak pula ke bilik bawah tangga. Ada satu set komputer melibatkan perisian hal-hal keselamatan rumah besar ini.
Nampak gelap je. Eh? Kamera rosak ke? Imani tak tunggu lama, telefon segera di capai dan selendang di longgokan kain belum basuh dia sebat. Oklah daripada tak ada.
Makin dia dekat dengan pintu, makin hati kuat rasa berdebar. Telefon dia genggam kejap. Semoga kalau dia menerima kejutan, takkan terlepas telefon tu. Imani menyorok di sebalik tembok perlahan-lahan.
Tak sempat dia mahu pegangan pergelangan tangan orang yang sedaya upaya masukkan sampul surat berwarna kuning cair tu. Orang itu dah tarik tangan lalu terus berlari entah ke mana. Imani keluar dari tembok pagar.
Sampul surat yang terselit dia capai. Dia belek permukaan sampul. Tak ada apa. Cuma sebaris nama pendek.
MRS. ANIQ
Imani mula rasa tak senang. Dah la Aniq nun jauh ke Amerika. Balik pun belum tentu lagi minggu ni. Imani berjalan ke arah satu set meja di sisi rumah. Kolam yang mengalir airnya dari atas air terjun mini itu buat hatinya nyaman sikit.
Dengan nama Allah Imani koyakkan bahagian yang di gam. Baru nak intai isi, tiba-tiba telefon berdering nyaring.
Tercampak keluar sikit isi sampul surat. Cuma helaian kertas itu terbalik.
Nama pemanggil sedikit sebanyak buat hati dia lega. Dah la malam buta ni dia sorang-sorang dekat luar. Nak goreng apa kalau encik suami tanya..
"Waalaikumussalam.. Hai.... "Imani tahan senyum dengar sapaan daripada insan seberang. Tingkah Aniq yang baru nak bercinta buat hatinya mahu tengok seraut wajah kacak itu.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...