Sebulan sudah berlalu. Ya. Imani diamkan saja pasal surat layang yang memang ditujukan pada dia. Jujur la, dia tak berani nak bagi tau. Sebab dia takut hanya sebab benda kecil ni.. Dia akan hilang Aniq Azizi lagi. Ah! Fikir pasal itu pun buat dia rasa nak meletup kepala.
Imani turun katil perlahan-lahan. Jam dah pukul 2:15 pagi. Imani terjaga sebenarnya. Entah kenapa kepala ni asyik teringatkan surat yang terselit antara pakaian dalam dia. Biar Aniq tak jumpa surat tu pun.
Pintu bilik Imani tolak perlahan. Laju kakinya menuju dapur. Tangga tinggi nak dapur buat dia rasa nak buat bilik tepi dapur masak tu. Kaki dah jejak lantai buat dia mengeluh kasar. Nasib sebab nak kurus je dia sanggup turun naaik tangga dengan perut dah Agak besar tu.
Gelas jernih dia capai lalu air suam dari penampis air berjaya diambil. Perlahan-lahan dia labuhkan duduk dekat meja makan. Hmmmph! Nikmat hangat air lalu dekat tekak buat Imani rasa worth naik turun tangga.
Baru beberapa teguk air lalu dekat tekak, baru hati terdetik pandang satu bilik yang dulunya stor dah bertukar jadi pejabat Aniq. Lepas kejadian terbakar aahari itu dah leburkan segala bentuk dapur ni. Imani gigit bibir bawah separuh.
Dia tau hari dah makin larut. Dah nak pukul 3 pagi pun. Tapi, ada baik dia tenangkan hati dia dan hati Aniq. Bunyi pen dibaling tadi buat Imani yakin Aniq bukan dalam mood kerja. Dia berjaga sebab terpaksa. Mungkin sebab dia cover kerja yang dah tertangguh tiga bulan dan tugas dia sebagai editor kedua paling penting lepas Hakim.
Imani gagahkan diri untuk naik semula ke bilik dan dapatkan surat tu. "Aku tak kira. Kalau aku terus macam ni. Rasanya aku dah beranak pun surat tu dok berkepuk dengan 'adik-adik' aku. "
Dah dapat surat, cepat-cepat dia turun semula. Ya Allah! Kalau ulang sembilan bulan macam ni. Mahu tinggal rangka lepas bersalin. Penat ya amat! Dan semestinya dia dah sediakan susu coklat untuk buat Aniq layu dalam pangkuan dia atas katil nanti. Aniq tak boleh minum susu. Nanti cepat mengantuk.
Pintu bilik yang terbuka luas bagi dia kelebihan. Sebab kalau pintu tu tersentuh sikit.. Haa.. Tu dia.. Bunyi macam lembu hilang anak. Kuat semacam.
Imani sandarkan belakang badan pada rangka pintu. Oh ya! Malam ni Imani seksi sikit. Sikit la.. Dia pakai baju tidur corak kartun yang dah terpotong sampai paras atas lutut. Satu sentimeter saja.
Susu dalam pegangan dia letak atas meja kopi berdekatan rak buku-buku. Aniq yang masih mengurut pangkal hidung buat Imani makin rasa malas nak buka cerita. Dalam 10 minit macam tu, Imani buat keputusan untuk memberanikan diri. Sampai bila dia nak diamkan hal yang bagi dia rasa akan muncul masalah kalau tak diselesaikan.
Imani buka langkah perlahan-lahan. Surat dia genggam kuat sebelum dia selit bawah beberapa dokumen tersalah print. Yakin tersorok, Imani sentuh bahu kiri dan kanan Aniq. Dia gosok beberapa kali seblum turun ke dada bidang itu.
Aniq yang terpejam mata menikmati sentuhan itu buat Imani yakin Aniq boleh dibawa berbincang. Laju tangannya mula mengurut pangkal bahu dan leher Aniq.
"Hey... Sayang.. I'm good.. I'm good. Meh sini. "Aniq tarik Imani duduk diatas ribanya.
Imani jadi malu. Boleh pulak la dia terkaku dengar suara husky suami sendiri. Adoii.. Malu lerr..
"Sayang? Sayang ok tak ni? Hmm? "Aniq selitkan rambut yang dah tutup separuh muka Imani ke belakang telinga.
"Oo--ok.. "Tergagap pula Imani dengan jarak dekat ni. Langsung tarik segala keberanian dia.
"Nervous? "Aniq sengaja berbisik. Tahu yang Imani memang sensitif bab-bab telinga ni.
"Abang.. Dah la.. Janan... Janan malu. "Imani tepuk beberapa kali dada Aniq.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...