❤️1

509 18 4
                                    

Imani masuk ke dalam rumah dengan bagasi sudah terbalik tepi pintu. Penat tahap super saiya dohh balik dari airport. Nasib kali ni Hakim dengan Mikhail yang bawa diorang balik rumah.

"Sayang.. Ya Allah.. Tau la penat.. Tanggal la dulu tudung apa semua.. Tak baik terus tidur. "Aniq dah siap kunci pintu. Bagasi Imani dia tegakkan lalu dibawa ke dapur.

Imani bangun dari duduk. Tudung yang dah senget dia tanggalkan dengan pergerakan tak ada tenaga. Bila Aniq keluar dari dapur, Imani terus berdiri lalu berjalan perlahan ke arah Aniq yang sibuk menempatkan jam dan IPhone atas rak tepi pintu.

Sepantas kilat, Imani peluk Aniq dari belakang. "Abang... Jom mandi? "

Aniq yang Agak terkejut usap lembut tangan Imani yang bersatu di perutnya. "Bukan tadi sayang sibuk tak sabar nak tidur? "

Imani geleng laju sambil muka masih rapat dengan belakang badan Aniq. "Abang juga kata.. Tak baik terus tidur.. So Janan ajak abang mandi sekali. Tak boleh tak apalah.. "

Suara Imani makin perlahan dihujung ayat. Kelakuan Imani berjaya pujuk tubuh penatnya untuk melayan kerenah tak cukup umur Imani sekarang. "Ha.. Ya lah.. Ya lah.. Jom.. "

Aniq tarik tangan Imani terus ke dapur. Tuala dalam kabinet Imani sempat capai sebelum tangan ditarik semula. Tersengih lebar dia tengok riak Aniq yang dah bercahaya.







"Huu!! Sejuknya air abang!! "










🙈🙈🙈🙈

Imani bangun bila alarm telefon dah kali kedua berbunyi. Telefon tepi bantal dia ambil lalu slide untuk hentikan bunyi bingit tu.

Baru mahu jejakkan kaki ke lantai, dia terpandang tubuh Aniq yang dah mengerekot bawah selimut tebal itu. Imani kerut dahi dalam mamai.

Setahu dia, bilik ni tak berair-cond. Cukup kipas kaki besar tu dah boleh sejukkan suhu bilik. Imani bangun lalu sisi katil sebelah Aniq dia tuju.

"Abang... Bangun.. Dah subuh... "Imani tepuk lengan Aniq yang timbul bentuknya.

Aniq tidak beri sebarang respon. Imani mengeluh perlahan. Ni yang malas bila Aniq terover kerja. Macam ni lah.. Liat nak bangun Subuh.

"Abang.. Jom lah bangun.. "Imani selak selimut yang menutup tubuh Aniq dari pangkal tengkuk ke hujung kaki.

Imani geleng kepala. Hampir dia mahu tepuk dahi sendiri tengok Aniq buat perangai mengada dia. "Abang... Jangan lah deg----"

"Ya Allah. Abang.. Panasnya ni.. "Imani terus tekup tapak tangannya ke seluruh muka Aniq. Aniq pula dah berkerut dahi tahan jemari Imani daripada tercucuk mata.

"Sayang.. Sejuklah.. Tarik balik selimut, please.. "Aniq tak larat sampai bercakap pun cuma bisikan angin hujung suara.

Imani rasa nak menangis. Tak pernah-pernah tengok Aniq demam teruk macam ni. Imani langsung tak endahkan permintaan Aniq. Dia tolak jatuh selimut ke bawah sebelah sana.

"Kejap Janan ambil air.. Abang tak boleh duduk dalam selimut. Nanti panas dalam badan payah nak keluar.. Kejap.. "Imani terus keluar untuk ke dapur.

Sebesen air paip yang sedia sejuk dan sehelai tuala good morning dia bawa masuk ke dalam bilik.

"Abang tidur dulu.. Nanti lepas Janan solat.. Janan bawa abang pergi ambil wudhuk.. "Imani celup tuala itu ke dalam besen lalu perah sehabis baik. Dah yakin tak ada air menitik, Imani letakkan atas dahi Aniq.

Tangan kanan Imani cedok air dalam besen lalu lurutkan pada rambut nipis Aniq. Terpejam mata Aniq tahan sejuk embun subuh.

Selesai solat, Imani dudukkan Aniq di birai katil. "Abang larat tak pergi bilik air? Ke nak Janan bawa air masuk bilik? "Imani sudah mengah sedikit memandangkan Aniq langsung tak membantu dia untuk tegakkan tubuh sasa itu.

Janan Imani Raya! ✔Where stories live. Discover now