"Tak guna! "
Puan Irene campak kertas-kertas yang sampai ke dalam tangannya setelah dicetak oleh Heily. Segalanya makin genting. Satu per satu takuk yang lama ditanam bahan berharga dibongkar oleh tikus-tikus belaan orang kaya lahanat itu. Makin lama makin bertimbun surat amaran yang dihantar daripada akaun Google palsu.
"Puan.. Kalau macam ni.. Tak lama lagi maybe kita akan terus disaman. Sudah lama kita recieve ini macam surat. "Makin kedengaran slanga Bahasa Cina wanita manis itu.
"You diam. Jangan bagi I makin serabut dengan fikiran cetek you tu! Company I.... Takkan kalah dengan mana-mana tuduhan pun.. You get it? "Puan Irene makin hilang sabar nampaknya. Ayat terakhirnya pun disuarakan dengan gigi yang diketap rapat.
"I--I'm.. I'm sorry, puan. "Tertunduk Heily dengan panahan tajam anak mata bosnya itu.
"Dapatkan I Aris.. Dah seminggu dia hilang macam tu je. Memang nak kena budak tak guna ni. "Lagi sekali arahan dikeluarkan dengan gigi masih rapat diantara satu sama lain.
Nafas Puan Irene makin tidak teratur, pendek-pendek, cukup untuk menambah debar didadanya. Kedua belah tangan sudah digenggam erat. Seerat rasa dendam pada Aniq Azizi yang telah hancurkan rancangan dua tahunnya untuk Azwa Shahida. Keluar sahaja Heily daripada pejabat itu, IPhone dikeluarkan lalu nombor cucu kesayangan dipilih.
Hanya dengan dua deringan, panggilan disambut pantas oleh Azwa. "Nenda!! Apa yang nenda buat ni?! Ida nak pergi kerja... Ida nak tengok muka dia nenda.. Please?"Lirih suara Azwa Shahida diseberang.
Puan Irene makin bertambah geram. Hanya sebab Azwa adalah cucunya, dia tingkatkan tahap kesabaran. Nafas diambil dalam sebelum mula memujuk satu-satunya cucu perempuannya.
"Ida sayang... Nenda buat macam ni demi you.. Kalau tak, Ida takkan selamat. Percayalah cakap nenda. Masih banyak lagi jalan untuk selamatkan keadaan kita. Ida sabar sikit ya, sayang? "Puan Irene bangun dari duduk. Sati bingkai gambar bergambarkan Azwa dan seorang lelaki yang diconteng wajahnya diambil menuju tingkap pejabat.
"Nenda please... Ida tak nak benda sama jadi lagi sekali.. Please nenda.. Please.. I do really need him, nenda.. "Teresak Azwa di hujung talian.
"Ida... Please.. Kalau Ida keep going like this.. Nenda takkan teragak-agak bawa Ida balik UK balik. Ok? Just sabar sikit je lagi, sayang. " Puan Irene genggang erat bingkai dalam pegangan.
"Nenda... Nenda.. Plea------"
Suara penuh nada terdesak itu buat Puan Irene makin panas. Dia sebenarnya buntu. Cuma Aniq Azizilah satu-satunya jalan untuk pulihkan Azwa Shahida.
Ya.
Hanya dia.
Puan Irene letak semula bingaki itu lalu terus capai beg tangannya. Kalau Aris keras kepala tak mahu berjumpa dengannya, kali ni biar dia yang turun padang sendiri. Kita tengok, siapa yang berani mati sangat ni.
💮💮💮💮
Tangan Datin Dian Imani salam penuh hormat lama. Dalam hati dapat dia rasakan kasih seorang ibu yang menjalar ke lubuk jiwanya. "Iman balik dulu, mama.. Papa. "
Tangan yang masih bertaut Puan Dian tepuk perlahan. Entah kenapa hatinya tiba-tiba disapa aura sayu daripada pandangan Imani. Hampir penuh juga kelopak matanya dengan air mata.
"Laaa.. Mama.. Iman bukannya duduk Sabah Sarawak tak balik berbulan-bulan. Iman boleh je drive setiap hujung minggu. Just abang Aniq je, banyak pulak la pantang larang naik kereta. Sudahnya kena tunggu dia free.. Itu yang minggu lepas baru dapat balik rumah mama papa. "Hah. Sedas kena tepat pada jantung Aniq. Sengaja Imani perli sebenarnya. Biar dia malu. Ehek!
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...