Puan Irene hempas pen pada timbunan fail yang cuma makluman kegagalan kerjasama antara syarikat milik dia dan AI.FPublishers. Hati tuanya makin berasap dengan majlis malam semalam. Punya baik timing dia rancang, alih-alih musnah macam tu je.
"Tak guna kau, anak Dian. Bertahun-tahun aku guna mak kau jadi duta utama syarikat aku... Ini yang kau balas. Tak kenang budi! "Puan Irene lagi sekali menghempas meja.
Baru mahu memejamkan mata, baru dia teringat.
'Aris.. '
Dia cepat-cepat keluarkan IPhone daripada beg tangannya. Nama 'private' dia tekan lalu hanya tunggu masa untuk lelaki itu menyambut panggilan dia. Malangnya, tidak berangkat. Bertambah malang lagi, suara operator mengesahkan nombor itu sudah tamat perkhidmatan.
"Malaun, kau Aris! Tiga tahun aku suap kau tak henti... "Puan Irene sudah menggigil hebat. Geram didada semakin menggunung. Tengok la.. Kalau dia jumpa lelaki tak tahu malu tu, memang dia cincang jadi makanan babi hutan.
Akhirnya dia cuba menenangkan diri dengan melelapkan mata. Cuba untuk lupakan seketika masalah yang betul-betul mengganggu mental ketika ini.
Tok
Tok
Puan Irene mendengus sebelum mengarahkan Heily masuk.
"Puan, hari ni kita ada meeting dengan AA... I mean AI.FPublishers.. Their CEO is already here. "Heily buka pintu bahagian bertentangan untuk memberi laluan kepada CEO syarikat buku tersebut.
"Assalamualaikum dan selamat pagi, Puan Irene. "Sambil membetulkan butang kot, Aniq Azizi memberi salam dengan raut mengancam.
Puan Irene yang keliru, teragak-agak berdiri. Tangan kanan terus dihulurkan tanpa dipinta. Namun, huluran itu dibiar sepi oleh Aniq yang selamat mendaratkan duduknya dia hadapan wanita bekerjaya itu.
"Tt---tuan Aniq... Waalaikumussalam.. Selamat pagi... Erm.. I thought you are not accepting our partnership. Semua dokumen Tuan tolak macam tu je. Saya ingat... "Puan Irene yang masih tidak pulih dari terkejut masih mencari kata.
"We are not gonna accept you guys? Come on, Puan Irene.... Ini zaman 2021... Why should us not aacepting such a good opportunity with the biggest beauty company partnership? Tambah-tambah lagi cucu puan dah pun jadi my partner in crime. "Aniq silangkan kaki di bawah meja. Tangan dia peluk tubuh sendiri.
Puan Irene tarik nafas dalam. Nampaknya, Aniq masih boleh dicucuk. Dia mungkin masih tidak sedar sebab kehadiran mereka dalam tiga tahun ini. Selain meningkatkan kebolehpasaran produk kecantikan mereka, Azwa Shahida... Dia boleh lupakan kehidupan penuh derita lima tahun lepas.
"Owh... Tuan Aniq... Or should I call, Aniq? "Puan Irene sandarkan tubuhnya pada kerusi. Bahu yang tegang kembali kendur. Marah terhadap Aris sudah hilang dengan kehadiran jejaka tampan depannya ini. Tidak salah pilih si Azwa ni.
"Suite yourself... I tak kisah.. Lagi pula, I bukan siapa-siapa.. Anak kepada duta utama syarikat Puan jugak. "Aniq tarik senyum senget. Ayat tu.. Terasa berbulu tekaknya.
"So... Kenapa tuan tolak semua proposal I? Isn't it good enough? or the proposal does not meet your company's standards? Yang mana satu? "Puan Irene satukan tangan di atas meja lalu tangan itu memangku dagunya.
"Oh... Tak payah risau. Semua proposal baik-baik saja. Cuma.. Tak sedap la syarikat besar ni pulak yang hantar proposal pada pihak kami. Jadi, I takkan terima satu pun... Sorry. "Aniq mula dengan riak sarkastiknya. Penuh dengan kata penuh berselirat maknanya.
Puan Irene tergelak kecil. Tak sangka Aniq berfikiran macam tu. "Boleh I tahu kenapa you terlalu agungkan syarikat I ni? "Puan Irene angkat sebelah kening.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...