Aniq terus turunkan tangan. Telefon dia tekup ketat-ketat dekat paha. Manusia yang muncul dari belakang buat hati dia mengucap 1000+++ kali syukur.
"Azwa.. Terkejut I." Muka dia kendurkan. Lega ya amat. Telefon dia tengok semula.
Adeh.. Dah ter off. Ni nak call balik ketaq lutut. Nantilah.. Kalau nak pujuk pun, tunggu puteri intan payung tu sejuk dulu.
Aniq pandang atas semula. Azwa Shahida yang dah tersengih sikit buat hati dia sebal. Tapi nak buat macam mana. Layankan aje.
"Ya.. Saya la... Jom tuan. Encik Hakim dengan Encik Mikhail dah ada dekat bawah. "Azwa Shahida satukan tangan.
"You memang tak reti turun sendiri ke macam mana? "Aniq buka langkah kaki.
Azwa mengangguk laju. Suka tengok Aniq tarik muka macam tu. Handsome!! "Saya nak turun dengan tuan. "
Aniq buat muka. Perlukah?
Aniq garu kening sambil tarik muka tak selesa.
Azwa Shahida ikut buka langkah bila Aniq sudah ke depan meniggalkan dia. Pintu lif yang kebetulan terbuka dengan dua gadis di dalamnya Aniq hampiri. Dia beri laluan lalu cepat-cepat masuk.
Azwa hanya ikut dari belakang. Suka sangat tengok back side Aniq Azizi. Terlalu tampan katanya.
Diorang hanya berdiam diri sepanjang perjalanan turun ke lobi. Bagi Aniq, ini adalah saat yang dia paling banyak berdoa. Bukan apa.. Buatnya paparazzi-paparazzi Amerika ni tahu siapa dia? Dengan wanita tu..
Tak ke haru hidup seorang Aniq Azizi?
Sampai di ruang rehat yang terletak di lobi, Aniq tepuk bahu seseorang.
"Haa.. Sampai dah big bos kita... Dah.. Jom gerak. Malam-malam ni sesak sikit jalan depan ni. "Mikhail bangun lalu buat fist bumps dengan Aniq.
Hakim turut bangun lalu fist bumps diorang bertemu. "Adoii.. Nak manis bergula punn.. Tunggu lepas makan la. Alamak. "
Mikhail dan Hakim berlaga siku. Suka tengok perubahan pada Aniq. Merah menyala terus jadinya.
"Halah... Korang tu ambik kesempatan juga. Kan? Kan? Aku dah masak la jadual korang. Tak tidur, vc.. Tak vc.. Tidur. "Aniq berdiri sebelah kaki sambil tangan kanan masuk poket.
"Eh.. Dah.. Dah.. Jom makan.. Aku lapar gila dah ni. "Hakim nampak macam tersedak lalu terus menonong jauh ke depan.
Aniq angkat kening tinggi pada Mikhail. Mikhail jalan sambil menunduk. Tangan kiri sibuk gosok belakang leher.
Diorang mula beredar dari kawasan lobi. Dari dalam pun dah nampak yang diorang memang jam teruks gila ni. Azwa yang masih tersangkut dalam perbualan tiga jejaka itu mula tak duduk diam.
"Tuan.. Tuan sembang apa tadi ni? Saya.. Saya tak faham. "Azwa tiba-tiba berhenti lalu berjalan seiring dengan Aniq.
Aniq yang sibuk mengelak terlanggar orang angkat kening sebelah. Punya kuat diorang bercakap tadi. Nak kata cakap bahasa Thailand pun tak.
"Err.. You memang tak faham bahasa Melayu dah eh? "Aniq mengiring ke kiri. Kemudian ke kanan pula.
"Faham... Tapi.. Tadi.. "Azwa Shahida geleng perlahan.
Hakim kebetulan pandang belakang. Lihat sahaja muka confuse Aniq buat dia rasa ikut mati akal. Nak tolong layan nanti.. 40 hari 40 malam tidur luar rumah.
Hakim gerak lebih laju menyamai Mikhail. Pandai la Aniq nak layan. Mikhail ikut berhenti bila dengar suara Hakim memanggil nama mereka . Melawan hingar-bingar susana.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...