Khamis, 7 Syawal 2021
Aniq mendaki perlahan satu persatu anak tangga untuk ke biliknya. Songkok dalam tangan di pusing-pusing sebelum tangan kanan mencapai tombol pintu. Perlahan-lahan dia tarik ke bawah lalu meloloskan diri ke dalam bilik yang sudah malap.
Sudah genap tujuh hari Imani selamat melahirkan tiga hero mereka. Sempat Aniq beberapa kali pengsan lepas tengok Imani lahirkan tiga orang bayi lelaki yang comel. Hari ini, sempena hari ke 7 mereka dilahirkan, Aniq dan keluarga baru selesai mengadakan kenduri aqiqah beserta rumah terbuka sempena myambut raya.
Bertuah betul tiga beradik tu. Tak payah susah-susah ingat tarikh lahir. Ingat hari pertama syawal tahun 2021.. Itu lah hari mereka dilahirkan.
"Abang... "Imani yang baru letakkan salah seorang daripada hero mereka menegur lembut.
Aniq letak songkok atas meja solek lalu tarik Imani dalam pelukan. "Abang mandi dulu lah.. Dah busuk Bau peluh. "Aniq cium sisi dahi Imani sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air.
Imani keluarkan sehelai t-shirt hitam kosong dan sweat pant kelabu daripada almari. Dia letakkan sepasang pakaian itu di atas katil sebelum kembali duduk di meja solek untuk memeriksa pesanan tahniah daripada kawan-kawan.
Imani hela nafas panjang pada masa yang sama Aniq keluar dengan hanya bertuala. Aniq sempat dengar helaan itu. Dia cepat-cepat bersiap untuk korek semua isi hati Imani malam ni. Dah lama Imani diamkan keresahan hati sendiri. Hari ni, tak kira.. Dia nak tahu apa yang dah ganggu fikiran isteri manis dia tu.
Aniq berjalan perlahan ke arah Imani lalu bahu isterinya dipeluk dari arah belakang. Imani dengan mata yang Agak berkaca setia memandang pantulan mereka pada cermin hadapan mereka.
"Hey.. Sayang ok tak ni? Parasit apa yang dah hacked fikiran sayang abang ni? Bagi tau abang cepat."Aniq berdiri tegak lalu bahu Imani dia picit. Biar semua ketegangan hilang walau untuk sementara. Janji hilang.
"Tak.. Tak ada la.. Janan ok je ni.. Merepek je kerja."Imani geleng sambil gelak kecil dilepaskan. Tipikal Imani gugup. Aniq angkat sebelah keningnya.
"Then, what's that? Air hujan, eh? "Aniq bawa ibu jarinya ke hujung mata Imani. Air mata yang hampir menitik sempat dihapuskan oleh Aniq.
Imani buka mulut namun tiada apa yang mampu keluar dari celah bibirnya. Semua terlalu kompleks. Lebih-lebih lagi bila dia masih di atas kerusi kayu ini. Masih rasa hangatnya tangan Aniq yang sebesar muka dia tu.
"I love you, abang. "
Imani gigit bibir bawah. Aniq yang tersenyum buat dia terasa ringan. Terasa graviti menjadi kosong. Aniq memang sesuatu. Sesuatu yang tak boleh dia tolak. Sesuatu yang akan datang semula walau macam mana sekalipun dia nak ubah pucuk pangkal cerita mereka.
Aniq pula hela nafas panjang kali ni. Great.. Just great. Aniq tak pernah menang dengan betapa unik dan manis Imani boleh jadi. Setiap apa yang keluar daripada bibir kecil tu tak henti buat hati Aniq hilang rentak. Macam sekarang ni.
"Ok...... Sekarang abang tau. Isteri abang ni... "Aniq duduk di birai katil lalu kerusi kayu ditarik merapatkan jarak mereka. "...dia happy sebab hidup dia dah jadi salah satu daripada cerita fantasi.. Betul tak? "Aniq sempat menjeling hero-hero mereka yang tengah nyenyak menyelusuri mimpi.
Imani geleng kepala sambil senyuman yang sudah berjahit rapat pada bibir merahnya. "Janan kena belajarlah ilmu baca hati orang dari ni. Tau je apa yang Janan sorok kan? "Imani cubit pipi kanan Aniq.
"Ah.. Ah.. Syayang. Syakitt.. Sya--syakit. "Aniq terikut ke depan bila Imani tarik tangannya.
"Oops.. Sorry.. Sorry.. Tak terlepas. "Imani gosok semula tempat kena cubit. Dah merah la pulak.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...