❤️24

201 6 0
                                    

Aniq menuruni tangga perlahan. Tangan kiri dimasukkan ke dalam kocek seluar. Fail di tangan sebelah lagi dipegang erat. Memori dalam mahkamah tadi buat dia bertambah meluat dengan perasaan tidak malu yang ada pada sesetengah manusia. Termasuk orang tua berdarah British tu.

"Tak guna. "Aniq berhenti lalu menepuk kuat salah satu tiang besi yang menampung bumbung zink diatasnya.

Aniq mulakan langkah lemah ke arah keretanya. Baru mahu menekan punat untuk membuka kunci, dia disapa dengan suara garau yang tidak kurang lemahnya.

"Ehhm.. Baru aku teringat betapa licik perempuan tu boleh jadi. "Raid dengan jaket hitamnya tengah bersandar pada dinding bangunan utama mahkamah itu.

"Raid... "Aniq berjalan mendekati Raid lalu mereka bertukar salaman. "Kenapa tak masuk tadi? "

Raid keluarkan gelak halus. "Kalau aku masuk, habislah rancangan aku dengan diorang. "Raid tunjuk ke arah Dani, Jay, dan Tuan Junaid sendiri.

"Habis tu... Kenapa ada sini? "Aniq bertukar posisi berdiri. Satu kaki dia pacakkan pada bumi. "Kau... Rindu Azwa? "

"Aku tak gila lagi untuk ignore dia, Aniq. Aku syok kat dia dah lama. Dah memang nak kahwin pun. Aku ready tunggu dia selama manapun. Janji dia, hidup dengan aku sampai mati. Sampi syurga. "Raid bertukar jadi mat jiwang sekejap. Jiwa dah rider.

"Kau tunggu la ni? Perempuan Melayu terakhir hati kau tu? "Aniq senyum senget. Nak perli ke nak memuji pun entahlah Aniq ni.

Raid bawa sebelah tangan menggosok pangkal belakang lehernya. Senyum nipis dia ukir walau cuma sekilas. "Aku ingat family dia datang semua. Tu yang aku berani. Tapi... "

Aniq tepuk perlahan bahu kanan Raid dengan fail dalam tangannya. "Aku faham. Tak payah segan sangat. Aku pun dulu macam kau. Tapi itulah.. Aku ambik masa lima tahun untuk aku betul-betul heal feeling aku.. Tapi tu tak membantu langsung. "

Raid dah berdiri tegak. Menunjukkan minat dengan jalan cerita hidup seorang Aniq Azizi. "Apa jadi? Kau gaduh dengan girlfriend or.... Isteri?"

"Haha... "Aniq gelak kecil. "Wife aku. Dulu aku baran. Aku tak pernah fikir perasaan orang lain. Termasuk isteri aku sendiri. Bila ada orang jealous, tak senang duduk tengok kau bahagia.. Akan ada konflik. Dan yaa... Aku silap tafsir, tak sabar melulu tuduh macam-macam dekat isteri aku.. End up, aku tinggalkan dia, dia excident, hilang sampai lima tahun. "Aniq tenung lelaki bertubuh tinggi dalam kumpulan berdekatan kereta sana.

"Lelaki tu.. Dia bawa isteri aku ke India. Dia ingat wife aku tak ada penjaga.. So dia upah kawan kau dengan mamat sorang lagi tu untuk bawak wife aku ke India. Dia koma tiga tahun, dua tahun rehab dan tahun kelima.. Dia turun Malaysia balik. "Aniq ukir senyum hambar.

"Nasib kita sama la. Aku.. Lelaki miskin.. Yang hopeless.. Dianggap mati dengan orang yang kaku cinta mati. Aku harap sakit aku ni, tak selama sakit kau dengan wife kau. "Raid gigit bibir bawah.

"Kau tak kisah ke wife-to-be kau tu nanti.... Mental illnes' patient? "Aniq berani cuba sentuh soal sensitif itu.

"Aku tak kisah. Aku.. Entah lah.. Aku sayang kat dia. Sampai hari ni, bro. Bila dapat tau dia jadi macam tu.. Aku lagi geram. Aku tak boleh tolong dia. Aku tak boleh muncul depan dia. Aku jadi.. Aku jadi marah kat diri sendiri. Sebab tu.. Apa-apa jadi sekalipun. Gila ke, lumpuh ke, apa-apalah... Aku nak ada dekat dengan dia. Aku nak aku sendiri tolong jaga dia. Sampai sembuh.. Sampai hujung nyawa."Tiba-tiba hatinya perit mengingatkan tiga tahun tanpa Azwa Shahida.. Belum ditambah dengan masa dia sambung belajar dekat Perancis.

Janan Imani Raya! ✔Where stories live. Discover now