Aniq simpan semula baldi Yang dia jemur tadi dalam stor. Mop yang dia biar dekat pangkin pun dah dibawa masuk.
Aniq kembali keluar untuk angkat jemuran yang dia sidai pukul 10 pagi tadi. Alhamdulillah.. Hari ni cuaca Agak terang dan berawan.
"Ya Allah.. Rajinnya anak Datin Dian ni.. Aku pun tak sangka aku boleh jadi rajin macam ni.. Dah la handsome.. Rajin.. Adoii.. Nasib baik sungguh Janan Imani tu.. Dapat suami serba boleh macam Aku! "Aniq puji diri sendiri sambil kumpul semula sepit yang digunakan.
Perlulah angkat bakul sendiri.. Tak ada siapa nak puji dah!! Ehe
Hati bernyanyi riang sambil langkah kaki menari-nari menuju rumah. Baru kaki kanan masukkan dalam rumah, telinganya menangkap deringan telefon miliknya.
Cepat-cepat dia letak bakul yang dipenuhi kain jemuran atas meja makan. Kaki pula terkejar IPhone yang tak berhenti melalak.
Aniq tengok nombor. "Aik? Tak kenal pon.. "
Aniq beralih anak mata pada jam. Baru pukul 4 suku. Takkan Imani bateri kong.. Eh? Siapa pulak ni?
Nasib sempat slide ikon hijau itu sebelum deringan terakhir berbunyi. Baru mahu buka mulut memberi salam, kata-kata dia sudah terpotong dengan si pemanggil.
"Assalamualaikum Tuan?!Puan Imani pengsan dekat jabatan! "
Terhenti nafas Aniq seketika. Skrin telefon dia pandang semula. Memang dia tak kenal.. Tapi kenapa dia rasa memang betul Imani tak sedarkan diri?
"Boleh tau ni siapa? "Aniq tak buang masa. Kalau tipu pun.. Sekurang-kurangnya dia boleh tengok Imani.. Tak pun lepak kafe Hadi.
"Tuan... Tak ada masa saya nak explain! Puan Imani langsung tak sedar dah ni.. Cepat tuan! "Lelaki itu siap tinggikan sikit ton suara.
Aniq juga menangkap suara-suara latar yang tak kurang hebat panik. "Ok.. Ok.. Saya sampai dalam..... "
Aniq tengok jam lalu kereta Lykan Supersport dia pandang. " 10 minit lagi. "
Aniq terus tamatkan panggilan lalu pintu rumah dia kunci. Kereta Lykan yang elok diselubungi kain penutup, Aniq buka kasar. Tubuhnya dah menggeletar hebat. Tak pernah sekalipun diorang terpisah macam ni lepas bersatu semula.
Kereta yang dah panas enjin Aniq tekan pedal minyak habis. Habis pasir di situ berterbangan akibat kesan tayar yang berpusing laju.
'Allah. Jagakan dia untuk aku. '
Kereta dia biar dekat depan pintu utama. Kunci dia ambil lalu masukkan dalam poket. Langkah kakinya dia hayun laju untuk sampai ke lif.
Dah masuk dalam perut lif, dia mahu tekan punat floor. Tangannya tiba-tiba berhenti.
"Allahuakhbar! Asal aku tak tanya diorang dekat floor berapa? Bodoh sial! "Aniq hentak kaki lalu dinding lif dia tumbuk kuat.
Baru mahu tekan punat tingkat 18,pintu lif tertutup lalu dia naik ke tingkat 10. Aniq ketap gigi. Siapa pulak la berani sentuh lif tin milo aku nih?!
Ting!
Tingkat 10 sudah depan mata. Seorang lelaki yang berpeluh sakan sudah tak tentu arah depan lif. Apabila bertembung mata dengan Aniq, lelaki itu hembus nafas lega sambil berkata syukur.
"Ya Allah. .Alhamdulillah! "Tangan Wan memegang lengan Aniq.
Aniq kerut dahi sambil tengok lengan yang dipegang selamba oleh lelaki tak dikenali tu. "Awak ni.. Dah kenapa? "
Wan angkat muka lalu dia tarik lengan Aniq laju berlari ke arah Imani. Termengah-mengah Wan kembali semula ke depan bilik gerakan.
"Weh!!! "
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...