❤️21

141 6 0
                                    

Hadi tarik hand brake lalu enjin dimatikan. Suasana taman yang Agak sunyi buat bulu roma Aniq dan Hadi naik. Raut muka Hadi tunjuk segalanya. Dia dah la memang anxiety dengan benda-benda macam ni.

"Di... Betul ke rumah ni? Kau tak salah search alamat kan? "Aniq masukkan tangan ke dalam poket depan hoodie royal blue yang tersarung pada tubuhnya.

"Betul la. Dah tiga kali aku padam type balik.. Rumah tu la dia tunjuk. "Hadi kunci kereta lalu simoan kunci ke dalam sling bag kecil yang dibawa bersama.

Baru Aniq mahu cari nombor Jay untuk dihubungi, panjang umur lelaki bertuah itu. Jay buka pintu salah satu rumah yang gelap tanpa lampu berpasang. "Assalamualaikum..... Sampai pun. "

Hadi dan Aniq bertukar pandangan lalu menjawab salam Jay. Baru mereka mahu buka langkah ke rumah tersebut, Jay keluarkan kunci lalu mengunci rumah tersebut. Perlahan-lahan dia keluar dari pagar dan mengunci pagar depan itu pula.

"Err... Kita kena ke mana-mana ke sekarang ni? "Hadi masukkan tangan dalam sling bag untuk keluarkan kunci kereta. Tapi jawapan Jay buat tangannya dibiarkan di dalam beg berwarna coklat itu.

"Tak payah. Kita ke rumah sebelah. Rumah cik puan duduk masa mula-mula balik Malaysia 2 tahun lepas. "Jay simpan kunci rumah dalam kocek seluar. Dia mendahului dua lelaki yang nampak keliru.

"Rumah yang aku keluar tadi rumah aku dengan Dani. Rumah tu,..." jari telunjuknya tepat ke arah rumah yang lagi beberapa tapak untuk sampai. "...rumah cik puan duduk. Rumah Janan Imani. "Jay buka selak yang menahan pintu dari terbuka lalu mempersilakan masuk Hadi dan Aniq.

Tepat pada masanya, Mikhail juga sampai. Dia keluar dari kereta dengan kaca mata yang berkabus kerana pendingin hawa yang menyapa muka. Setelah kunci kereta, dia tanggalkan kaca matanya lalu mengelap cerminnya. Setelah yakin pandangan tidak kabur, Mikhail beri salam lalu berjabat tangan dengan tiga lelaki di pagar masuk.

Senyap. Itu sahaja yang mampu mereka bertiga lakukan. Dah macam kena jemput masuk tempat persembunyian Mafia-Mafia pulak. Aniq telan liur berkali-kali bila banyak gambar bertiga di atas rak televisyen di ruang tamu. Gambar-gambar itu diisi dengan Janan Imani, Jay, dan seorang lagi lelaki yang kahwin dengan Natasha.

"Ha... Sampai pun.. Ingatkan sesat tadi. Jemput duduk, Niq, Mikhail, Hadi, Hakim. "Aniq toleh kebelakang terkejut dengan kehadiran Hakim.

Mereka bertukar salaman. Masing-masing dengan riak keliru dan Agak takut. Selesai masing-masing menempatkan diri dengan selesa, masuk pula seorang lelaki dengan beberapa bekas air dari restoran berhampiran mungkin. Terus lelaki itu ke dapur lalu keluar semula dengan sejag air teh o panas.

"Nanaji.. Tak bagi tau pun nanaji nak turun Malaysia. Kalau tak, boleh Niq ambil dekat airport. "Aniq gosok belakang leher dengan canggung.

Tuan Junaid gelak halus. "Tak payah susah-susah, Niq. Budak dua orang ni dah cukup. Lagipun, naneeji dah ada dekat hospital. Aniq tak payah risau. "Tuan Junaid dengan ramahnya. Raut muka yang cukup tenang untuk dipandang.

Mereka berempat mengangguk faham. Duduk sahaja lelaki yang menghidangkan air tadi, Jay keluarkan satu kotak dari sisi sofa. Aniq tenung kotak yang bercorak rasmi hospital milik Tuan Junaid.

Tuan Junaid bertukar riak. Dia membersihkan tekak lalu mula membuka bicara. "Dalam kotak ni, ada semua maklumat-maklumat berkaitan produk kecantikan yang buat syarikat korang dalam bahaya. "Tuan Junaid buka kotak tersebut lalu mengeluarkan banyak fail sulit.

Aniq ambil salah satu fail yang Agak nipis. BINGO! maklumat pergerakan duit ke akaun tidak berdaftar. Akaun private yang lagi menyukarkan aktiviti siasatan. Mikhail juga nampak puas dengan data-data yang terkumpul. Hakim dan Hadi turut buka fail-fail yang lain.

Janan Imani Raya! ✔Where stories live. Discover now