Langsir panjang yang mencecah lantai itu ditarik luas. Cahaya malap mula menyinari ruang bilik yang serba sempurna.
"Ida... Bangun, sayang. Dah pagi ni. "Bahu Azwa ditepuk lembut.
Azwa makin mengerekot dalam selimut. Pagi yang mendung macam ni memang buat mood dia cuma mahu berada dalam selimut. "Nenda... Ida mengantuk la. Semalam tidur lambat. "
Puan Irene R. Dully. Dully merupakan nama keluarga ibunya yang meninggal kerana kemiskinan keluarga selepas bankrup semasa perang dunia kedua. Puan Irene juga seorang jutawan yang menjual produk kesihatan dan kecantikan di Kanada. Seorang wanita yang sungguh tegas namun lembut perwatakannya. Berada di Malaysia kerana berkahwin kali kedua dengan Tuan Rahman Mohamad yang juga merupakan pemilik hartanah terbesar di negara ini.
"Iya.. Nenda tau.. Tapi ramai dah tunggu Ida nak sarapan sama-sama. Jom.. Turun. "Puan Irene mengemaskan rambut Azwa yang menutup wajah cucu kesayangannya.
"Ramai? "Azwa bangun perlahan-lahan.
"Papa, mama dengan abang-abang Ida la. Semalam kan Akmal dengan Hafiz sampai lepas Ida masuk tidur. Jom.. Kita turun sarapan." Puan Irene dengan riak teruja mengajak cucunya sarapan.
"Along dengan angah ada? Ok.. Ok.. Ida bangun. "Beria Azwa keluar daripada selimut. Sikat dia capai lalu menyikat kemas rambut paras bahu itu.
Getah rambut hitam dia capai lalu mengikat tinggi gaya ponytail. Rambut lebihan depan yang pendek sedikit dia susun rapi atas dahi. "Jom, nenda. Tak, sabar Ida nak jumpa along dengan angah!"
Puan Irene tersengih suka. Setelah sekian lama, dia boleh tengok Azwa Shahida kembali tersenyum.
"Along! Angah! Adik rindu along angah! "Azwa memeluk tengkuk abang-abangnya daei belakang.
"Ya Allah, Ida.. Cekik abang-abang kamu ni. "Puan Marisa menegur dengan senyum hingga ke telinga.
"Ala.. Adik nak lepas rindu je. Lama tau adik tunggu. 3 bulan. Asyik sibuk je dua orang ni. "Azwa tarik kerusi sebelah mamanya.
"Kamu dengar tu long, ngah? "Kali ni Tuan Azraf pula bersuara. Lama menyepi buat dia nak turut menyertai perbualan keluarga mereka.
"La.. Papa juga yang suruh kitorang join conference tu. So adik.. Salahkan papa sebab kita terpisah. "Akmal angkat kening sebelah.
"Papa. Lepas ni jangan hantar along dengan angah jauh-jauh. Nanti adik rindu tau. Bukan selalu nak tengok dua orang ni ada dekat rumah. "Azwa memuncungkan bibir bila Tuan Azraf cuma gelak kuat.
"Adik.. Makan cepat. Nanti sejuk.. Adik tak nak pula. "Hafiz menegur lembut.
Puan Irene ikut mengangguk. Azwa seorang yang sangat cerewet. Bab makan juga dia tidak lepaskannya. Kalau boleh, makanan yang berasap itu juga dia mahu ada depan mata.
"Ok. Angah bacakan doa boleh? Adik rindu suara angah. "Azwa siap menadah tangan.
Hafiz pusingkan anak matanya. Dia lagi. Akmal sudah menjungkit kedua belah bahunya. Suka sungguh Azwa Shahida dengan suara anak kedua daripada tiga beradik itu. Bukan boleh jual pun. Cukup sedap di telinga Azwa je. Itupun diorang pelik.. Apa yang dia suka sangat dengan suara Hafiz itu tak tau la.
Apabila doa diaminkan, masing-masing mula menyuapkan nasi lemak hasil air tangan Puan Irene dan Puan Marisa itu. Masing-masing juga tidak bercakap kerana tahu betapa bisingnya Azwa nanti kalau salah seorang mereka bersuara. Asyik sangat dengan adab sampai boleh buat gaduh pasal hal tak berapa besar tu.
Selesai sarapan, Azwa yang naik ke bilik untuk mendapatkan telefon yang tertinggal terdengar deringan kencang IPhone 11 maxnya. Cepat-cepat dia buka langkah untuk mengangkat panggilan itu.
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
عاطفيةMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...