Aniq masih menatap skrin komputer walaupun jarum panjang dah bergerak ke angka 3. Sudah pukul 2:15 pagi. Aniq masih tidak pandai nak rehatkan diri.
Warna yang terpancar ke retina matanya buat dia kerut seribu. Macam tak menarik pulak hijau pucuk pisang nih. Aniq klik warna merah hati pula.
"Lagi la tak kena! Alaaaa.. Bila nak siap macam ni? "Aniq garu kasar kepala yang tak gatal.
Jam pada telefon dia tengok. Sudah. Dah lewat sangat. Dah la ada flight pukul sembilan pagi nanti. Aniq save setakat mana yang ada lalu dia shut downkan komputer berjenama Apple itu.
Komputer dia letak atas bantal sebelahnya. Selimut tebal dia tarik sebelum menutup dadanya. IPhone dia capai lalu log panggilan dia buka. Tak ada sebarang panggilan yang terlepas.
"Mana baby abang ni? Tak call-call pun. "Sebenarnya lupa jam dah pukul berapa. Jari tetap gatal nak mencari.
Aniq baru berura mahu menekan nombor Imani, telefonnya bergetar secara tiba-tiba.
Nama si dia buat dia senyum tak ingat dunia.
Sayangku Ratu ️💕
- Assalamualaikum, si raja seorang Janan Imani!!
Me:
"Waalaikumussalam, si ratu seorang Aniq Azizi"
Aniq tersenyum puas membalas chat isterinya melalui whatsapp. Lebar tarikannya sampai berlekuk habis pipi tanned.
Aniq betulkan bantal supaya lebih lembut. Selimut yang sudah Agak jauh daripada dada dia tarik semula. Sejuk choi air-cond sini!
Sayangku Ratu ️💕
- Abang kenapa tak tidur lagi? Bukan dah pukul 2 pagi ke dekat sana? "
Balasan Imani yang berada di seberang sudah kedengaran risau. Aniq pula terasa dihargai. Bukan senang nak redakan kerisauan seseorang itu. Terutamanya Janan Imani. Cepat sangat risau menyerang pangkal hati . Adeh.. Lupa lagi jam dah lewat.
Me:
Abang ada kerja nak kena siapkan. Benda nak cepat. Itu yang rushing siapkan dokumen-dokumen penting.
Aniq Agak tersedak air liur sendiri. Risau Janan Imani berfikiran bukan-bukan malam buta ni.
Sayangku Ratu 💕
-Dah.. Dah pergi tidur. Tak elok berjaga sampai lewat malam. Bye.. Assalamu'alaikum..
Status Imani terus offline. Aniq tak sempat nak balas. Janan Imani nilah... Aniq Azizi tarik senyum sampai ke telinga. Tak sabar nak habiskan kerja!
Rindu meh!
YOU ARE READING
Janan Imani Raya! ✔
RomanceMasih ingat Aniq Azizi si Romeo turun takhta? Atau Janan Imani si Miss Lu'lu? Haaa.. ni nak habak mai... cerita kali ni bukan kaleng-kaleng punya cerita. cerita kali tentang dugaan Aniq dan Imani dalam raya kali kedua mereka. Nak tau apa jadi...