Sally menarik lengan Umairah kuat dan mencampakkan Umairah di dalam stor peralatan pembersihan.
Umairah mengerang kesakitan apabila punggungnya terhentak kuat ke lantai.
" Kau!! Sebab kan kau!! Rain dah tak pandang aku!! Sebab kau.. Semua dah tak pandang aku!! Semua pandang kau lah sial!! Kau juga.. Rosakkan plan bapak aku!! Sebab kau!! Rain tahu semua benda!! Kau tunggu kau.." Sally mengukir senyum.
Sally menarik rambut Umairah.
" Lepas Sally!!" Umairah menjerit kesakitan. Air matanya tidak berhenti mengalir.
Sally membuka pintu bilik sejuk tersebut. Makanan basah selalu diletakkan di situ. Ayam, ikan, daging dan lain lain. Saiznya besar. 30 orang pun boleh muat.
Sally menolak kasar tubuh Umairah masuk ke dalam.
Sally ketawa besar.
" Kau duduk sini diam-diam tau." Sally ketawa suka.
Umairah segera bangun mengejar Sally tetapi hampa. Dia tidak sempat. Pintu juga sudah dikunci dari luar.
Umairah menjerit.
" Tolong!! Ya Allah!! Ada siapa-siapa tak kat luar!!! Tolong!!"
Umairah sudah kehabisan tenaga. Hampir setengah jam dia menjerit meminta tolong. Tiada siapa di luar kerana hari sudahpun lewat malam.
Umairah tidak mampu bernafas. Nafasnya sejuk. Asap berkepul-kepul keluar daripada rongga pernafasannya.
Seluruh badannya seperti sudah membeku 100%.
Umairah menahan dirinya daripada memejam mata. Dia gusar, jika dia menutup matanya sekarang, tidak mustahil sampai bila bila dia tidak akan membuka mata.
Seluruh badannya lemah. Dia tidak boleh bergerak walaupun seinci. Suaranya berusaha dilontarkan tetapi tidak berjaya.
Mungkin inilah pengakhiran hidupnya.
Umairah memejam kan mata.
Salah seorang pengawal peribadi yang berbaju putih berjalan masuk ke dapur untuk mengambil buah buahan. Rilek ah. pft.
Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang pelik dengan bilik sejuk itu. Firasatnya amat kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi di dalam.
Karl perlahan-lahan menapak menuju ke bilik itu. Pintu besar itu cuba di buka. Di tarik, di tolak, namun gagal. Dia mendekatkan telinganya di pintu itu.
Tak ada dengar apa-apa.
" Kenapa pintu ni tak boleh buka? "
Karl menjungkit bahu. Kunci lah kut.
Karl menjauh daripada bilik itu.
" Eh, pintu ni mana ada guna kunci?"
Pintu bilik sejuk beku ini hanya menggunakan selak besar untuk mengunci.
Karl menoleh semula. Selak besar itu tidak terkunci.
Karl mengetap gigi.
Dengan kekuatan penuh, dia cuba untuk menarik pintu besi besar tersebut. Gagal.
" Tak sedap ni." Karl berlari pergi ke bilik pengawal.
" Satu, dua, tiga!!" Mereka bertiga menarik pintu besi itu. Maka, terbuka pintu besar itu dengan kekuatan dua orang pengawal dan Karl.
" Cik Mairah?!!" Karl pantas berlari menuju ke arah satu tubuh yang terkulai pengsan di sudut bilik itu.
" Call boss!!" Karl memberi arahan kepada pengawal hotel itu. Mereka mengangguk.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...