Bab 2

735 32 0
                                    

"Mairah pergi dulu ye ayah!" Umairah menggapai sneaker yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya. Sayu hatinya bila bila memikirkan hadiah terakhir oleh abahnya tahun lepas. Sneaker bejenama Nike Air Force itu kemas tersarung di kaki Umairah.

"Hati-hati ye!" Ibu Fatimah iaitu ibu angkatnya melaung sambil melambai Umairah. Umairah menunjukkan simbol 'okey'.

"Halah!! Aku dah lambat... eh. eh? ehh??! handphone manaaa??" Umai bergegas masuk semula ke dalam rumah dah mencapai telefon bimbit yang terletak dia atas meja kopi. Dia berlari dengan kelajuan Watson Sembek. (ngeh. apa author ni.)

Umai masuk ke dalam kereta dan...

"Apahal kereta tak hidup pula nii!! Nak maki!!" Umairah hampir menangis. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45. Tinggal 15 minit lagi temuduga kerja itu bermula.

"Apa terjerit-jerit ni?" Ibu Fatimah keluar dari rumah.

"Ibu... Kereta ni tak nak hidup..."

"Laahh. Kenapa?" Ibu Fatimah cuba menghidupkan enjin kereta. Gagal.

"Naik Grab je lah ea?"

Umairah mengangguk dan memesan Grab.

Tiba-tiba.. ada sebuah kereta memasuki halaman rumah Encik Kamal. Umairah yang sedang menunggu Grab hanya melihat.

"Eh. Ammar! Kata balik esok?" Ibu Fatimah memeluk satu-satunya anak lelaki yang dimiliki. Umairah yang duduk santai di atas bangku hanya memandang. Itulah Ammar. Abang angkatnya yang dikasihi. Pft. Dikasihi? Lambat lagi. Seorang yang suka berfoya-foya tanpa diketahui oleh ibu bapanya. Umairah tahu. Sebab? entah. Dia memang tahu. Setiap kali keluar, perempuan lain lain. Haih. Apa nak jadi? pengemis.

"Eh. Tak pergi kelas lagi?" Ammar menayangkan senyuman miang nya.

'Oh shit.' Umairah menarik nafas.

Pin ! Pin !

'Ya Allah!! Nasib baik Grab datang awal.'

"Mairah pergi dulu ye?"

Ibu Fatimah mengangguk.

"Fuh! Sabar Mairah." Mairah menarik nafas dalam-dalam. Bukan senang nak lepas temu duga jadi chef lima bintang. Menggeleto teman.

"Nur Umairah Sajjidah." Namanya di laung.

'Woi! takut saya!' Umairah menggoncang tangannya sendiri.

Dengan langkah yang perlahan. Umairah masuk ke bilik itu setelah di beri isyarat masuk. Seorang lelaki sedang menunduk menulis di atas satu file. Bilik itu hanya dipenuhi dengan bunyi geseran pen dan file berkulit keras itu.

'Abahhhhh!! tolooonngg! Eeeeee! takot betol.'

" So, You must be Umairah."

Umairah mendongak.

'Eh. Macam pernah tengok je muka mamat ni.'

Jejaka itu merenung Umairah tanpa berkelip sambil mengangguk.

"awak akan berdiri kat situ sepanjang 20 minit interview?" Sedikit pun lelaki itu tidak memandangnya. Hello cik abang, nak bercakap pandang muka. Cakap dengan saya ke dengan pen tu?

Umairah menghapuskan kata-kata di dalam kepalanya.

'So. Aku memang kena diri sini ke?'

Umairah berdiri tegak di sudut ruang pejabat itu sambil memeluk document-document yang menarik tentang nya. (ahh. acah)

Jejaka yang tak serupa melayu tetapi melayu itu menghela nafas. Dia menutup file dan tolak ke tepi. Jejaka itu memberi isyarat tangan supaya duduk di kerusi di depannya.

Barulah Umairah terkial-kial berjalan dan duduk di kerusi empuk tersebut.

Temu duga itu bermula dengan soalan daripada jejaka itu dan dijawab kekok oleh Umairah. Selama 20 minit ditemu duga. Akhirnya, tamat lah sesi itu.

Umairah menghela nafas lega. Umairah membaca sebuah papan yang tertulis..

"Rainio Gonzalez."

Jejaka itu mengangkat muka. Umairah juga memandang jejaka itu. Umairah menutup mulut. Mulut sudah menderhaka dengan tuannya sendiri. ARRGGH!!

"Rain." Jejaka itu bersuara. Umairah terkelip-kelip. Hujan ke kat luar? Ke.. Ohh. Nama dia Rain. Umairah mengangguk.

Tiba-tiba Rain bangun dari kerusi dan menuju ke pintu. Umairah ikut bangun.

"Sit."

Seperti lembu tercucuk hidung. Dia duduk. Rambutnya di betulkan sedikit.

Umairah mendengar bunyi seperti pintu pejabat ini dikunci. Umairah membulatkan mata.

'Uih. Mana mungkin.'

Umairah duduk terkaku di atas kerusi empuk sambil memeluk filenya. Umairah mendengar seperti bunyi tapak kasut mendekati dengan perlahan.

' Mairah. Husnuzon!'

Dia merasakan seperti kerusi yang diduduki olehnya tertarik dan dipusingkan. Umairah kaget.

'Wehh!' Umairah seperti mahu menjerit. Tetapi.. mata itu.. mata yang redup itu menenangkan jiwanya. Umairah seperti berada di dunia sendiri. Seperti baru menghidu gam kasut. (Astaghfirullah hal azim! Woi!)

Rain merapatkan jarak wajahnya dan Umairah. Rain membelai pipi gebu Umairah dengan lembut. Umairah menggigil. Macam nak nangis. Macam tak nak. ngeh.

"You know me right?" Rain memerangkap Umairah di antara lengannya. Rain memegang penghadang kerusi itu.

Umairah menggeleng. Rain tersenyum sinis. Rain lebih mendekatkan dirinya pada Umairah. Umairah seperti di pukau. dia tidak bergerak walaupun seinci. Rain membisikkan sesuatu.

"Maybe..."

Rain's (OG)Where stories live. Discover now