Umairah berjalan diiringi oleh Tasha masuk ke dalam hotel yang gah itu.
"Hai! Awak berdua ni pekerja baru tu kan?" Tanya seorang gadis yang berumur lingkungan 30 tahun.
Tasha dan Umairah mengangguk serentak.
"Nama akak Tina. Panggil.. Kak Tina lah. By the way, Tasha yang mana? Umairah yang mana?"
"Saya tasha, kak."
" Umairah."
" Tasha ikut akak. Umairah ikut Lin. Dia kat situ." Kak Tina menunjukkan seorang gadis memakai seragam berwarna coklat. Menandakan dia adalah seorang housekeeper.
'Haih. Kenapa pisahkan aku dengan Tasha. Kenapa....'
" Umairah kan? Jom." Lin menarik lengan Umairah masuk ke dalam lif.
" Hm. Lin. Kita nak pegi mana?"
" Penthouse Encik Rain lah. Kami semua pelik sebenarnya. Kalau boss nak suruh kemas bilik dia kan.. Dia suruh je siapa-siapa yang dia nampak dekat depan mata dia tu. Lin pernah kemas rumah tu sekali je." Lin seperti berfikir.
" Sebenarnya, saya bukan housekeeper pun." Umairah merengus.
" Eh? Habis tu?" Lin berkerut dahi.
" Saya tukang masak sebenarnya. Bahagian appetizer. Jadinya, pagi saya kemas penthouse dia, petang saya masak." Umairah mengangguk.
Lin berfikir lagi. Sungguh pelik. Ini bole diumpamakan pokok betik berbuah pisang.
Setelah sampai di tingkat yang dikehendaki, Umairah dan Lin menuju ke penthouse Rain.
Umairah ternampak seorang lelaki tinggi lebih kurang Rain berdiri di sebelah pintu.
"Lin pergi dulu tau."
"Eh? lahh. teman lah." Umairah seperti mahu menangis.
Lin menggeleng.
" Mairah jumpa lelaki tu. Dia tahu apa nak buat. okey? bye! Good luck!" Lin berlalu. Sempat dia memberi flying kiss kepada Umairah.
Seperti yang di arahkan. Umairah menuju kepada lelaki itu.
Setelah melihat Umairah, jejaka itu menegakkan tubuh daripada bersandar di dinding dan tunduk hormat kepada Umairah. Secara automatik Umairah tertunduk sekali.
" Cik Mairah."
" Mairah." Umairah membetulkan.
Jejaka itu mengetap bibir, membesarkan mata dan menggeleng perlahan.
Mairah memberi isyarat kepala. 'Apa?'
" Nama saya Danny." Danny tunduk hormat sekali lagi.
" Kenapa awak ni? Ada boss awak ke?" Umairah pun ikut tunduk sekali. Sudah menjadi kebiasaan, apabila Rain lalu.. lalu je beb. laluu. semua tunduk hormat. Apa dia ingat dia sultan.
Danny mengetap gigi.
" Yes , you're not but worse." Danny berbisik perlahan. Umairah tidak mendengarinya.
" Masuk Cik Mairah." Mairah memandang pelik. (mende dia ni?)
Sebaik sahaja Umairah masuk, dia terlihat satu tubuh yang sedang menghadap komputer riba.
Halah. Kenapa dia ada kat sini? tak pergi kerja lagi ke?
Rain mengangkat kepala. Mereka bersabung mata seketika.
Tiba-tiba keluar seorang wanita seksi. Mungkin berbangsa cina, keluar dari satu bilik. Pakaiannya formal, pakaian pejabat.
"Rain.. you nak i kemas bilik you tak?" Dengan suara menggoda, perempuan itu mendekati Rain.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...