Hari ini!! Hari ini hari perkahwinannya!! Jam baru menunjukkan jam 7 pagi. Majlis akad nikahnya bermula pukul 8 malam di dewan besar serbaguna.Umairah tidak tahu. Fikirannya bercelaru. Dia tidak mahu bersuamikan Khalid. Tetapi, dia hendak bersuamikan siapa? Umairah sedar. Dia belum boleh lagi terima kenyataan cintanya tidak boleh dan tidak akan diterima oleh Rain.
Tetapi, dia juga perlukan keadilan. Dia tidak bersedia. Buat masa sekarang, hatinya hanya di huni oleh Rain. Dia seperti terdesak.
Ting!
Sepertinya ada mentol menyala dengan terang di atas kepalanya.
' Belum cuba belum tahu..'
Umairah tersengih.
Umairah sepatutnya cuti kahwin hari ini. Tetapi, dia mahu berjumpa dengan Rain. Test market beb.
Setelah penat lelah berlari. Bersesak-sesak di lif yang sempit. Sampai juga di tingkat pejabar Rain.
" Kak Nurul! Encik Rain ada tak?"
" Tak ada. Dia cuti."
Krak.
Hatinya berkecai. Satu-satunya harapan untuk dia mengelak dari berkahwin dengan Khalid musnah.
" Dia cuti kenapa?"
" Tak tahulah Mairah.. Semalam dia kata dia cuti seminggu macam tu. Tak bagitahu sebab. Alah, bukannya tak biasa." Kak Nurul menjulingkan mata je atas.
" Tak apa lah kak. Saya balik dulu lah ye."
Kak Nurul mengangguk sebelum tersenyum.
" Pft."
Dengan langkah yang longlai, dia melangkah masuk ke dalam rumah.
" Mairah.. Pergi mana? Tak sedar ke awak tu dah nak kahwin dah nak oii. Merayap suka hati." Ibu Fatimah memulakan bebelannya.
" Um.. pergi hotel tadi, ada barang tertinggal." Umairah menjawab perlahan dan terus mendaki tangga menuju ke bilik.
Umairah merebahkan diri di atas katil.
" Kenapa lah masa ni juga kau nak cuti. Tapi kalau aku confess pun. Dia nak terima ke?" Umairah merenung siling bilik.
" Argh!" Umairah menekup muka kuat.
" Tak tak. Tak nak kahwin.."
Umairah bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik.
Umairah menoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada siapa di sekelilingnya.
' Clear.'
Umairah menuju ke pintu utama rumah yang sudah sedia terbuka. Ramai orang sedang menyiapkan dan memastikan barang-barang perkahwinan lengkap dan sempurna.
Umairah mencapai kunci kereta dan kasut. Dengan pantas seolah-olah kepantasan Watson Sembek, dia berlari menuju ke kereta Perodua Bezza putih milik ibu bapanya.
" Hah! Lega.." Akhirnya Umairah berada di luar perkarangan rumahnya.
Dia perlukan masa. Dia tidak mahu bersuami buat masa sekarang. Rain pun satu, dah tak suka tak payah bagi fake hope!
Kemanakah hala tujunya sekarang?
Tiba-tiba, hatinya berasa tidak enak. Dia memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Ada kereta yang mengikutinya!
' OMG!!'
Umairah menekan pedal minyak lebih kuat. Kereta Proton Saga tersebut mengikut laju kereta nya.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...