Umairah menuju ke penthouse Rain. Dia hanya mahu menyapu lantai dan membersihkan habuk yang ada.
Selepas kejadian semalam, Umairah terus meminta Danny untuk menghantarnya pulan ke rumahnya. Lama juga hendak memujuk. Selepas mengatakan Tasha ada untuk menemannya di rumah, barulah Danny bersetuju untuk menghantarnya ke rumah.
Umairah mengeluarkan telefon pintarnya dan memutarkan lagu
Dia meletakkan telefon Iphone 7 nya di atas meja. Di capai penyapu dan menyapu lantai. Tak ada pun habuk kat lantai tu. Maka wujudlah habuk bayangan seorang Umairah.
Lagu itu sudah mencapai chorus. Umairah mencapai mop dan menari mengikut rentak lagu tersebut.
Umairah menyanyi perlahan
Uhuk!
Tegak terus bulu romanya. Jangan buat hal. Baru dia sedar, dia menuju ke sini sorang diri. Umairah mencapai telefonnya dan bersedia untuk lari.
Umairah menuju ke pintu. Umairah terpana.
1 detik
2 detik
3 detik
Berdetik-detik.
Umairah memerhati pakaian lelaki itu. Coat berwarna hitam dikenakan dengan tali leher berwarna hitam juga. Contra sungguh dengan warna kulitnya. Tidak terlalu putih. Kulitnya lebih kepada tanned, kesan daripada berjemur.
" Alone here?" Rain tidak bereaksi memandang Umairah.
Umairah mengangguk. Umairah melihat Rain mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak.
Banyak kali dah Umairah tengok. Umairah sungguh menyesal dengan perbuatannya sebelum ini. MANA PERNAH DIA IKUT CAKAP ULAR TEDUNG NI!
" Tak faham bahasa?"
Umairah diam mengetap bibir.
" Berapa kali nak ulang?"
Umairah menunduk.
" Turun bawah sekarang. Pukul 10, jumpa saya."
Umairah mengangguk laju. Rain berlalu dengan Danny yang setia beriringan dengannya.
" Macam mana dia boleh ada dekat sini?" Umairah mengetap bibir. Hergh. Kantoi macam buat jenayah. Aku gigit kang. Umairah bergegas mencapai beg silangnya.
" Nur Umairah Sajjida!!"
Umairah mengeluh malas. Pulak.
" Kau dah okey? Ya Allah. Gugur jantung aku dengar cerita semalam." Tasha memeluk Umairah. Umairah ketawa kecil.
" Tak ada apa pun."
" Ee! Kalau aku jumpa jantan tu, aku lempang-lempang kepala otak dia." Tasha membuat aksi mahu melempang. Tasha memang. Over sikit.
" Eleh, macam berani. Kau pergi masuk dapur sanalah!" Umairah menghalau.
" Habis tu kau nak pergi mana? Kau tau tak, kita orang yang kena marah sebab tinggal kau sorang-sorang. Nasib baik Encik Rain ada tau. Kau ni!!" Tasha masih dengan omelannya.
" Macam mana Encik Rain tahu?" Umairah musykil juga.
" Head chef kita tu lah. Dia kata kat bodyguard Encik Rain tu yang dia nampak kau naik lif. Mula-mula Danny yang nak naik atas. Tapi Encik Rain pula muncul. Encik Rain naik atas. Danny jaga bawah. Lepas tu, Kak Milah, dia tolong budak office kemas-kemas office. Dia nampak sorang lelaki masuk penthouse Encik Rain. Terus Encik Rain masuk rumah dia. Kejadian kat dalam kita orang tak tahu. Cerita lah Mairah." Tasha tersengih.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...