" Boss!"
Rain melepaskan pegangan. Wajahnya kembali seperti biasa. Wajah Umairah sudah terlalu merah.
" Dia orang dah panggil." Kata Danny dengan wajah bersalah.
" Escort her home." Rain memandang sekilas wajah Umairah. Umairah mencebik.
" Encik Rain tu memang macam tu ke?" Umairah bersandar di tempat duduk penumpang belakang.
Danny ketawa kecil.
" He use to it. Atuk dia ajar dia macam tu. Daripada umur dia 8 tahun." Danny dengan tenang menjawab sambil memandu.
"Kenapa atuk dia ajar macam tu?"
" It's not my things to tell you. Kalau nak tahu tanya dia sendiri."
Umairah menghasilkan bunyi dari mulut.
'Memang lambat lagi lah dia nak jawab!'
_____________________________________
" Awak duduk rumah ni sorang sorang ke?" Danny melihat sekeliling rumah yang luas itu dari dalam kereta.
" Tak lah. Ada mak ayah angkat saya. Saya masuk rumah dulu lah."
" Mairah! Sekejap." Danny masih melihat sekeliling.
" Kenapa?" Umairah yang baru sahaja hendak membuka pintu kereta kembali membetulkan duduknya.
Danny menjilat gigi taringnya. Umairah terkelip-kelip memandangnya.
" Something fishy hereeeee..." Danny berkata meleret dan tersenyum misteri. Seram pula Umairah jadinya. Seperti Ular melihat tikus menari di depannya.
" Ke.. kenapa?" Umairah mula berdebar.
" Stay here. Kunci pintu." Danny keluar dari kereta dan memberi isyarat tangan kepada kereta di belakangnya. Umairah memandang belakang. Kenal ke?
" Umairah. Call Encik Rain." Danny kembali menutup pintu dan menguncinya. Umairah sungguh bingung.
'APA NI? Nak buat kenduri ke rumah aku ni ramai-ramai nak masuk?'
Tangan Umairah laju mencari nama Encik Rain. Nasib baik dia ada nombor telefon Encik Rain. Ehe.
" Hello Encik Rain. Danny suruh saya call encik." Umairah berkata. Dia berlagak tenang. Padahal dia sungguh takut. Malam-malam duduk dalam kereta. Haih. Lepas tu ada something fishy kata Danny. Aku yang dari tadi rasa fishy ni di biarkan.
"Where are you?"
" Depan rumah. Danny kata apa entah. Something fishy katanya. Saya takut duduk dalam kereta sorang-sorang." Umairah mengintai kebelakang. Dah tiada orang. Mana dia orang pergi tadi.
' YA ALLAH! TOLONG LAH. AKU DAH CURIOUS SANGAT DAH NI!'
Rain di hujung talian tersenyap.
"Encik Rain?"
" Jangan end call." Suara Rain seperti orang berlari.
" Encik Rain jogging malam-malam buta ke?" Umairah tergelak. Benda tak kelakar. Buat kelakar sendiri gelak sendiri. Umairah mengerling jam.
9 : 14
Bang!
Prang!
" Ya Allah!" Umairah terkejut. Nafasnya turun naik. Bunyi sedas tembakan dan kaca pecah. Umairah menekup mulut. Mahu sahaja dia keluar dari kereta. Macam mana dengan ibu ayah? Umairah menahan esakan. Dia sungguh takut. Bulu romanya meremang.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...