Bon appetit
Rain menggapai beg bimbit yang terdampar di atas sofa. Sejak ketiadaan isterinya, hidupnya tunggang-langgang. Belum masuk rindu.
" Tuan nak drive sendiri ke? "
Rain hanya mengangguk.
Bagaimana keadaan satu-satunya perwaris Rain? Lelaki ke perempuan? Sihat atau tidak? Kejamkah dia meninggalkan isterinya? Bodohkah dia memberi masa yang sia-sia untuknya? Patutkah dia memberitahu isterinya perkara sebenar?
Fikirannya bercelaru.
Rain memandang cermin sisi keretanya. Rain mengeluh kuat. Apa lagi ni?
Pedal minyak kereta ditekan lebih kuat. Matanya fokus memandang hadapan.
" Tuan? Tuan perlukan bantuan apa apa ke? " Kedengaran suara Danny di hujung talian.
" Tak apa. "
Setelah menganalisis, 3 buah kereta sedang mengekorinya. Rain mengemam bibir.
Rain menuju ke arah satu jalan kecil. Bugatti Chiron milik Rain membelah angin dengan pantas.
Rain mengerling jam tangannya.
Bullshit. 15 minit lagi start meeting.
Rain menggenggam stereng kereta kuat. Hatinya berdebar. Tidak pernah dia lalui perasaan ini.
Rain memecut laju tanpa menjeling lampu isyarat.
Pooonnn!!!
Mata Umairah tercelik luas. Nafasnya tidak teratur. Degupan jantungnya laju.
Umairah cepat melangkah turun dari katil. Umairah membuka pintu rumah memerhati sesuatu.
" Umairah? Kenapa? " Makcik Saridah menegur. Terlihat Makcik Saridah sedang menjahit sesuatu di atas sofa.
Umairah terkaku. Dia seperti tersedar dari alam mimpi. Umairah menggeleng perlahan. Makcik Saridah hanya mengangguk.
Umairah mengambil tempat hadapan Makcik Saridah.
" Mak tak tidur lagi? "
Makcik Saridah hanya menggeleng.
" Mak nak apa-apa tak? Mairah buatkan? "
Gelengan kali kedua sebagai jawapan.
Umairah berusaha mencari anak mata Makcik Saridah. Tetapi pandangannya tidak dibalas sebaliknya Makcik Saridah memandang ke kiri. Makcik Saridah tidak mahu bertentang mata dengannya.
" Jangan!! "
Umairah terkejut apabila Makcik Saridah meninggikan suara menengking sesuatu di belakangnya.
Umairah perlahan-lahan memandang belakang. Mata Umairah terbeliak. Shark??!!
" Macam mana kau boleh masuk rumah ni?! " Umairah bangkit dengan perut memboyot. Baru sahaja dia hendak melangkah melarikan diri, lengannya di genggam.
" Tolong! Shark! Makcik merayu jangan apa-apakan dia! Dia mengandung! "
Umairah mengerutkan dahi.
" How dare you broke your promise? " Shark menayang wajah sedih.
" Makcik tak kesah! Lepaskan Umairah! "
Shark hanya gelak sinis.
" Too late."
Shark mendukung Umairah gaya bride style.
" Lepas!"
Shark menjeling tajam anak mata Umairah. Umairah melawan.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...