Bab 31

302 20 6
                                    

Umairah tidak mengendahkan air mata yang mengalir di pipi mulusnya. Rambut dibiarkan serabai. Dirinya tidak terurus. Umairah cuba menjelaskan perkara sebenar. Tetapi hanya kesakitan yang diterima.

" Abang! Abang tak ingat Mairah ke?! Abang?! Ni isteri abang! " Umairah memeluk kaki Rain yang baru sahaja ingin masuk ke dalam biliknya.

Umairah melepaskan kaki Rain dek kerana Rain menggoyangkan kakinya kasar.

" Miss? Please have some respect. Don't be such a slut wife. " Rain terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Sakit kepala yang mencengkam memaksanya untuk merehatkan tubuhnya di atas katil tersebut.

' Semak! Perempuan mana yang Dantae kutip ni. '

" Umairah.. " Tasha menyentuh bahu Umairah. Danny hanya bersandar dimuka pintu. Lamunan Umairah terhenti.

" Tasha.. " Umairah terus memeluk tubuh Tasha.

Tasha menepuk belakang badan Umairah untuk menenangkannya.

" Berapa lama lagi aku kena hidup macam ni? " Umairah teresak-esak menangis di bahu Tasha.

Tasha mengeluh. Sudah hampir sebulan Umairah lalui ujiannya. Tarikh bersalin juga sudah dekat. Bila-bila masa sahaja Umairah boleh melahirkan.

" Aku selalu ada Mairah. "

" Jantan bodoh!!" Umairah berdiri secara mengejut lalu melemparkan bantal yang tersusun kemas di atas katil ke lantai.

Tasha terus menangkap tubuh Umairah. Perut Umairah diusap.

" Fikir anak kau Mairah.. "

Umairah masih meronta minta dilepaskan. Danny maju dengan midazolam dan menyuntik Umairah di urat lengan.

Tasha merenung lama wajah bersih Umairah tunak.

" Sampai bila dia nak hidup macam ni? "

" Sampai Rain sembuh. "

" Kalau kau nak tunggu Rain tu ingat balik.. Sampai mati benda ni tak habis lah! "

" Kau boleh bawak bersabar tak? Kita tak boleh nak buat apa-apa sekarang!"

" Kau dah tukar ubat tu dengan ubat betul? "

Danny terdiam sebelum menggeleng.

" Benda apa yang susah sangat?! "

" Kita tak tau lagi itu dadah yang boleh worse kan lagi amnesia tuan. "

" Eh! Use your brain lah, Danny! " Tasha menunjal kecil dahi Danny.

" Tak kan kau bodoh sangat tak tau Shark tu macam mana?! Kau tengok apa yang dia buat sekarang?! Dia dah ambil alih D'amino! Kau nak tunggu apa lagi ni?! Tuan Rain tu pun dah jadi orang suruhan Shark sebab percaya sangat jantan sial tu! " Jeritan Tasha kedengaran.

" Aku tahu lah, bodoh! Sekarang ni aku ada kuasa ke nak tukar semua?! Kalau aku bagitahu semua benda pada Tuan Rain, dia percaya ke?? "

" Anak buah Tuan Rain semua dah merempat tepi jalan! Hanya ada budak Shark kat sini! Mata semua keliling! Kita tak ada bukti! Kau dengan aku sekarang ni dah taraf pengemis kau tahu tak??! Kau nak suruh aku buat apa?! Kau nak aku bunuh Shark?! Kalau aku boleh aku dah lama buat la sial.." Nada Danny menurun di akhir ayat.

Tasha terkaku. Kali pertama mendengar Danny meninggikan suara.

" Ehem. " Shark yang berdiri tegak dimuka pintu berdehem. Mustahil dia tidak mendengar. Biliknya dengan Bilik Umairah selang 2 bilik sahaja.

Bilik yang dulu milik Rain sudah menjadi hak miliknya. Bahkan.. Satu bangalow. Rain hanya menetap di bilik tingkat 2. Betul-betul di bawah biliknya. Layak dipijak olehnya.

Rain's (OG)Where stories live. Discover now