" Mairah." Tasha menyentuh bahu Umairah yang sedang membelek baju nikahnya.
" Hm?" Umairah menyahut.
" Kau kenapa macam muram je?" Tasha menyentuh tangan Umairah.
Umairah menoleh lalu menggeleng.
" Tipu."
Umairah terus memeluk tubuh ramping Tasha. Tasha mengelus lembut rambut lebat Umairah.
" Aku.. aku rasa macam tak ready lagi la Tasha.. Aku tak tahu apa nasib aku nanti. Mana tahu Khalid tu jahat ke." Umairah meluahkan perasaannya di bahu Tasha.
" Parents kau dah percaya Khalid kaw kaw punya. Sebab tu la dia minta kau kahwin dengan Khalid. Lagi satu, kau bukan kahwin paksa pun kan? Atas kerelaan kau sendiri jugak kan?"
Umairah mengeluh.
" Ke.. Kau suka kat orang lain ni.." Tasha menembak.
Umairah melepaskan pelukan.
" Kan Mairah.. Kaann.." Tasha tersengih sambil menyenggol siku Umairah.
" Tak kelakar lah Tasha.." Umairah menjeling.
" Siapa Mairah? ehee." Tasha tersengih lagi.
" Aku berbelah bahagi tau sebenarnya. Akan jadi satu dosa kalau aku dah nikah dengan Khalid nanti, hati aku pada orang lain. Macam mana?" Umairah mengeluh.
" Encik Rain ke? eh?" Tasha menggigit bibir.
Umairah tidak menjawab. Hanya diam tidak berkata.
" Aku rasa, kalau kau dah kahwin dengan Khalid nanti, hati kau maybe pindah pada Khalid. Who knows?"
" So, aku macam gunakan Khalid untuk move on dengan Encik Rain?"
" Aku dah agak."
Umairah menggigit lidah sendiri.
" Mairah, kau ada options sama ada nak batalkan atau tidak. Ada seminggu lagi Mairah. Ada masa lagi. Kau tak suka Khalid ke?"
Umairah mengangkat kedua belah bahu.
" Entah."
Tasha menjeling.
" Aku tak tahu lah Tasha. Ada rasa tu sikit pada Khalid. Tapi perasaan aku pada Encik Rain lagi kuat. Aku.. aku tak tahu lah.." Umairah memejam mata.
" Kau rasa, kalau kau batalkan majlis ni, Rain nak gantikan tempat Khalid? Sound harsh but tepuk sebelah tangan takkan berbunyi." Tasha menayangkan wajah simpati.
Umairah menghela nafas panjang.
_________________________________________
Samurai bermata tajam di halakan tepat kepada batang hidung mancung milik Zayn.
" Calm down dude." Zayn tersengih.
Rain beralih dari atas Zayn lalu tersenyum. Zayn bangkit dan mencapai pedang Samurai miliknya yang terpelanting jauh di sudut gelanggang tertutup tersebut.
" Lame skills."
" Shut up. I won."
Zayn tersengih.
" So, jadi Mairah nak kahwin?"
" Hmm.."
" Feel bad for her.." Zayn mencabar.
" Why should you?"
Zayn mengeluh.
" I thought she is the one."
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...