Bab 32

191 17 3
                                    

Tasha merenung wajah bersih Shark dengan perasaan benci yang membuak-buak.

" I repeat. This is not my fault. " Shark duduk bersilang kaki di atas sofa pejabatnya.

" What the heck??! Not your fault??!"

" Uhh rude."

" Shark, apabila semua ni terungkai, kau tahu nasib kau. "

Shark senyum.

' Of course.'

Shark dan Tasha melangkah keluar dari ruang yang dirasakan sempit itu.

" Kau tak ada disana ke semalam? Habis Fred, Jerry, satu group tu lah, kena teruk-teruk semalam dengan master. "

" Kena apa? Sebab apa? "

" Kena apa tu aku tak tau. Tapi master buat macam tu sebab kacau konco Boss Rain tu. "

Tasha memandang antara satu sama lain. Menganalisi satu-persatu perbualan dua orang berbaju putih.

" Mari. Jangan fikir banyak-banyak lah. Otak tu nanti nak guna untuk benda lain. " Danny menggapai lalu menarik tangan kecil Tasha.

__________________________________

Umairah berjalan di ruang tamu perlahan-lahan sambil menyentuh perut yang sudah sarat mengandung.

Umairah tersenyum sendiri mengingatkan hanya 4 minggu sahaja berbaki sebelum melahirkan. Berdebar rasa hati.

Langkahnya terhenti apabila terlihat kelibat seseorang melintasi matanya.

Setapak lagi untuk masuk ke dalam lif, namanya dilaung.

" Rain!"

Rain menoleh.

" Awak dah makan? Kalau belum nak saya sediakan tak?"

Nama panggilan juga di tukar. Mengenangkan dirinya adalah orang asing pada diri Rain, makin rimas pula Rain nanti.

Rain menggeleng.

" Awak tak makan dari pagi kan? Sekarang dah petang. Awak ada gastrik.."

Rain mengerutkan dahi. Tanda rimas.

Rain menggeleng sekali lagi.

Umairah mengangguk. Tergelak seketika.

' Comel pulaakk laki kitee! '

" Tak apa lah. Saya nak makan."

Selangkah lagi Umairah mahu masuk ke ruang dapur, Umairah menoleh kebelakang.

" Awak lapar ke?" Tidak sangka pula Rain mengekorinya.

Rain yang tidak mengendahkan Umairah berjalan melepasi Umairah.

Umairah memerhati Rain tercegat berdiri di depan peti ais. Sekejap dibuka sekejap di tutup.

' Tak ada pula makanan! Lapar ni!'

Rain menukar arah pergi ke tempat makan pula. Kosong. Kesepian.

Rain memandang Umairah. Umairah hanya tersenyum simpul.

Apabila perasan Rain memandangnya, Umairah menjongketkan kening kanannya.

" Laparkan?"

Rain menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Segelas air di atas meja dicapai.

Umairah membuka hijabnya yang tersarung dikepala. Hari ini, dia bebas. Shark entah pergi mana selama 2 hari, malas dia mahu mengambil tahu.

' Eh dia ni Islam ke bukan? '

Rain's (OG)Where stories live. Discover now