Umairah menyalin pakaiannya seperti biasa. Umairah nak bawa balik uniform dia tu. Basuh!!
" Dah?" Danny yang sedang menunggu luar pintu bilik pekerja bertanya. Tidak berani dia hendak menunggu di pintu utama lagi. Umairah ni bukan boleh percaya sangat.
'😔ye la ye la'
" Dah. Jom." Umairah berjalan beriringan dengan Danny.
Malam ni Rain tidur di penthouse. Haih. Banyak lah kerja aku esok.
" Danny, sambung lah tadi." Umairah menarik lengan baju Danny.
" Saya pun tak tahu." Danny membuka pintu kereta untuk Umairah.
Umairah terkelip-kelip.
" Ish!! Tipu!" Umairah sentap tidak mahu masuk dalam kereta.
" One day." Danny menolak Umairah masuk ke dalam kereta.
" Aduuhh! Sakit lah!!" Umairah membentak.
_______________________________________
" Ibu dengan ayah bila nak balik? Tasha tak boleh nak selalu teman Mairah kat sini. Dia ada family jugak tau kat rumah dia." Umairah menahan air mata. Siapa lagi yang boleh teman dia. Tasha yang enak tidur di sebelahnya di pandang.
" 3 bulan je sayang. Tak ada apalah tiga bulan tu. Kan ibu cakap ada yang jaga Umairah. Umairah dah jumpa Khalid?" Ibu Fatimah memujuk.
" Lah. Nak jumpa apanya bu? Tak kenal pun. Pastu, kenapa ibu percaya sangat pada Khalid tu, tah siapa-siapa entah tu." Umairah membuat wajah jijik.
" Ibu percaya dia lah. Dia tu pun macam anak ibu sendiri dah. Lama dah ibu tak jumpa dia. Nanti, dah jumpa, kirim salam ibu pada dia eh? ibu dah bagi nombor telefon dia pada Mairah. Jumpa dia esok pukul 1. Tu masa lunch hour Mairah kan?" Panjang berjela Ibu Fatimah berkata di hujung talian.
Umairah menjulingkan matanya ke atas. Menyampah nya..
" Betul ke dia boleh jaga Mairah? Mairah tak nak lah jumpa dia." Umairah mencebik.
" Ajak lah siapa-siapa kalau takut sangat. Dah, ibu nak tidur.. Tidur awal sikit. Esok nak jadi housekeeper. " Ibu Fatimah mengusik.
" Apa ni bu!!" Umairah memuncungkan bibir.
" Dah, tidur. Ayah kirim salam tadi sebelum tidur. Ayah malas tahu nak cakap dengan awak? Dia tahu Mairah nak berleter panjang-panjang pasal Khalid." Leternya.
" Ibuuuu... tidur lah.. Bye ibu. Love youu. " Umairah memutuskan talian.
Umairah memang tak berani bebel panjang dengan ibunya itu. Dengan ayah berani lah. Dia kan anak ayah.
Umairah tersenyum sendiri. Dia berasa sangat bersyukur. Dia mempunyai ibu dan ayah yang mampu dikasihi dan mengasihinya. Walaupun bukanlah darah dagingnya sendiri, tiada pertalian darah yang sama. Ibu bapanya itu tetap menyayanginya seperti darah daging mereka sendiri.
Di bandingkan dengan segelintir manusia yang kejam di luar sana. Niat mereka mengambil anak angkat hanya untuk mendera dan menggunakan mereka hanya untuk kebaikan mereka sendiri. Jika anak itu adalah anak yatim piatu, maka haramlah bagi mereka yang mendera menghidu sedikit pun wanginya syurga..
______________________________________
" Tasha, kau kenapa ni?" Umairah mengintai wajah Tasha yang muram menunduk.
Umairah mendengar esakan kecil daripada Tasha.
" Tasha.." Umairah naik risau.
Umairah menarik Tasha masuk ke stor untuk stock makanan di dapur. Hanya mereka berdua di dalam stor itu.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...