" Weh Umairah.."
" Hmm.."
" Kau bela saka ke?"
Umairah mengalihkan fokusnya. Mulutnya di teruskan mengunyah. Pipinya kembung.
Tasha merenung kesemua mangkuk dan pinggan yang dipenuhi oleh makanan yang menyelerakan.
" Banyak sangat kau order ni. Siapa nak habiskan? "
" Diam. Kau dah buat salah dengan aku nak bising-bising pula. "
" Ala bukan salah aku. Salah laki kau lah! Dia yang suruh rahsiakan. "
" Itu keputusan kau. Bukan keputusan suami aku pun. "
Tasha sengih.
" Denda. Kau bayar semua ni." Umairah menunjukkan semua hidangan yang berada di atas meja besar itu.
Bermula dengan pembuka selera sehingga ke pencuci mulut. Complete set!
" Eh weh.. Kesian kat aku.. Gaji tak masuk lagi Mairah.."
Mairah hanya membuat muka toya.
Lebih dari 5 mangkuk dan pinggan di atas meja petak itu. Kopak duit.
______________________________________
" Sorry. You tak boleh jumpa selagi tak buat appointment. Plus, kami tak layan budak sekolah."
' Berapa kali lah Rain ni nak tukar setiausaha dia. '
" I told you! I'm his wife.. And i'm 25 years old. Not ' budak sekolah '."
" Tak kesah lah! Rain tak nak di ganggu. You ni orang gila ke apa?! Tiba-tiba mengaku boss I suami you!"
Panas pula hati Bella. Wanita di hadapannya sungguh elegan. Cantik! Tapi masih tidak layak untuk menjadi isteri kepada Rain di matanya. Lagipun, wanita ini berhijab. Bukankah Rain seorang kristian? Sama dengan agamanya.
Lagipun.. Tidak mungkin Rain sudah berkahwin.. Ayahnya tidak berkata apa-apa tentang status sebenar Rain..
" Ya allah.." Umairah meraup muka. Sudah hampir 10 minit dia berperang mulut dengan gadis comel dan seksi dihadapannya ini.
Umairah sudah berputus asa. Dia terus menuju ke pintu kayu besar pejabat Rain tetapi ada yang menghalang.
Tubuh yang tinggi persis model itu mampu menghalang badan comel Umairah dari menarik pintu kayu tersebut.
" Move."
" You tak boleh faham ke?? I cakap tak boleh, tak boleh lah!" Bella memeluk tubuh bersandar pada pintu kayu itu.
Umairah berkerut dahi. Ni kalau aku dah lempang kepala otak minah ni..
Tiba-tiba..
Tit tit
Bunyi penggera menandakan pintu tersebut terbuka dari dalam.
Buk!!
Seperti nangka busuk, Bella terlentang di atas lantai karpet pejabat Rain.
Rain memegang dada lega. Nasib baik sempat elak.
Pecah tawa semua staf pejabat yang menyaksikan insiden itu.
Umairah sedaya upaya menahan gelak. Aje kena lempang kuanghajo. Dah lah tak tolong. Bergegar bahunya. Sambil itu dia menghulurkan tangan pada Bella.
Bella mengurut pinggangnya.
" Tepilah! "
Eh orang dah tolong tak dihargai.
Bella kembali ke mejanya.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...