" Mak! Mairah pergi tau! "
" Iya! "
Makcik Saridah melayan Umairah dengan sangat baik. Dilayan seperti anak kandung sendiri. Umairah menyarungkan sandal dan menutup pintu. Kandungan 7 bulan itu diusap.
" Papa memang tak nak cari mama ke? " Umairah mengeluh.
" Klinik desa depan tu ye pakcik. "
Pemandu teksi separuh abad itu hanya mengangguk. Kebiasaannya, makcik Saridah yang menemani Umairah. Tetapi, memandangkan Makcik Saridah sibuk untuk mengunjungi majlis kahwin, berseorangan lah dia.
" Puan, sudah sampai. "
" Terima kasih ye. " Umairah menghulurkan not 10 ringgit lalu melangkah keluar dari teksi.
Tiba-tiba hati Umairah menjadi sayu. Jika dia tidak melarikan diri hari itu, mesti dia dan suaminya akan memeriksa kandungannya bersama.
' Abang, Mairah rindu. '
Hatinya ego. Dia mahu suaminya datang kepadanya. Rain yang buat salah kan? Minta maaf ah.
" Kandungan puan sangat baik. Tekanan darah dan kadar gula pun normal. " Jururawat cantik itu tersenyum. Umairah membalas.
" Puan datang sini seorang diri? "
Umairah mengangguk.
" Mari saya teman puan turun. Bahaya turun tangga sorang-sorang. " Umairah hanya mengangguk.
" Boleh saya tanya sesuatu? "
" Tanya lah. " Umairah tersenyum.
" Sejak puan datang check up kat sini.. Saya tak pernah nampak suami puan. Jangan terasa hati ye? Saya cuma risau.. "
Umairah mengangguk.
" Tak apa. Suami saya tak ada. Dia kerja luar negara. "
Rapuh hati Umairah. Tipu apa lagi ni Umairah.
Jururawat itu hanya mengangguk.
" Saya balik dulu ye. " Umairah tersenyum.
Jururawat itu juga tersenyum. Sebaik sahaja teksi itu bergerak, senyumannya mati. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek.
" WJB 13**."
" Anak mama jadi anak yang baik ye. Macam papa. " Umairah tersenyum.
" Puan. " Pemandu teksi itu bersuara.
" Ye? "
" Puan jangan panik. "
" Ke-kenapa? "
Tiba-tiba kelajuan teksi itu meningkat. Terbeliak mata Umairah.
Umairah jeling ke belakang. Sebuah kereta Audi TT mengekor mereka. Teksi ini ke kiri, Audi hitam itu pun ke kiri.
Umairah panik. Perut yang memboyot di usap.
Bang!
Satu tembakan yang entah dari mana tembus ke tayar teksi itu. Pemandu teksi tersebut terus menekan break. Hampir sahaja jatuh ke gaung.
Umairah menjerit meminta tolong.
" Puan sabar. Ambil telefon saya ni. Simpan. Kunci pintu. " Umairah menyambut huluran pemandu teksi itu. Umairah melihat lelaki itu menarik cermin mata bulatnya sambil mencari sesuatu dalam laci.
Mata Umairah terbeliak. Fikirnya, jika dia menjauhkan diri dari suaminya.. Tidak akan ternampak lagi alat-alat sebegini. Pemandu teksi pun ada ke?!
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...