Umairah memegang bunga tangan erat. Dengan dress pengantinnya yang meleret, tidak mustahil dia akan jatuh seperti nangka busuk.
Umairah teragak-agak memandang Rain yang sedang mengemaskan blazzer putih yang tersarung dibadannya.
Rain menoleh apabila merasakan dirinya diperhati.
" Kenapa?"
" Kalau Mairah jatuh nanti macam mana?"
" Bangunlah sendiri."
Yaa. sifat menjengkelkan Khalid memang setia di hati Rain.
" Abang ni.."
Umairah sudab menukar nama panggilannya sejak semalam lagi. Hari pernikahan mereka. Siapa sangka, orang yang Umairah tidak mahu disampingnya adalah manusia yang selalu ditunggu-tunggu.
Tak sia-sia dia tak mengikut rancangang di kepalanya semalam. Memang dia rancang nak lari pun. Tetapi di sebabkan ibu bapanya, dia membatalkan niatnya. Jejaka yang dipuja juga sudah pun menjadi suaminya!
Umairah dengan rasa tidak tahu malu mencapai tangan Rain dan menggenggam erat. Rain tersenyum kecil sambil membalas pegangan erat sang isteri. Jari mereka disulamkan.
" Abang.. Abang janji cerita semua benda tau. Mairah masih tak percaya lagi abang ni Khalid sebenarnya."
" Ye sayang. Abang cerita semua okey?" Rain mencapai pinggang ramping Umairah.
Sejujurnya, Umairah langsung tidak percaya yang didepannya sekarang ini adalah suaminya. Menjadi pujaan gadis-gadis di Itali dan Malaysia juga. Walaupun tiada sosial media, Rain tetap menjadi perbualan gadis-gadis Malaysia.
" Okey.." Umairah menepis tangan Rain.
" Kenapa tepis?" Rain menayangkan wajah serius.
" Public kan. Kejap lagi dah nak masuk." Umairah memandang depan.
Rain berdecit.
Pintu kayu besar dewan itu terbuka seluas-luasnya.
Dengan lafaz bismillah, dua mempelai itu melangkah perlahan masuk ke dalam dewan. Memang ramai rakan perniagaan ayah hadir ke majlis perkahwinan mereka.
Setelah habis makan beradab, Umairah dan Rain bersalam-salaman dengan rakan sekerja Rain dan ayah. Rakan-rakan sekolah Umairah juga hadir.
" Abang, Mairah dah lama tak nampak Sally." Mairah memeluk lengan Rain erat. Takut jatuh. Majlis juga sudah hampir selesai.
" Kenapa tanya? Dia dah buat macam-macam kat awak. And you still asking for her." Rain merengus.
" Lah. Tanya je pun. Tu pun nak marah. Sikit-sikit nak marah. Sehari tak marah tak boleh." Umairah mengumam.
Bibir Umairah dicubit.
" Membebel apa? Duduk." Rain menunjuk ke arah kerusi empuk yang berada di penjuru dewan. Orang ramai pun sudah berkurangang satu demi satu.
" Abang nak air." Umairah mencucuk-cucuk tangan Rain yang sedang menaip sesuatu di telefon pintarnya.
Rain bangun dari duduknya. Ramai perempuan dan gadis memandang ke arah Rain.
" Minah-minah ni tak perasan ke aku tercegat kat sini?" Umairah membuat muka jengkel. Terliung-lentok. Mende?
" Puan Mairah!"
Umairah menoleh.
" Ye saya." Umairah menyahut.
Kelihatan Karl memberikan telefon pintar miliknya.
YOU ARE READING
Rain's (OG)
RomanceSelepas kematian ibu bapa kandungnya, Nur Umairah Sajjida, menetap di rumah ibu bapa angkatnya. Dilayan dengan baik seperti anak mereka sendiri tetapi tidak lah bahagia seperti difikirkan selepas.. " Memandangkan hidangan appetizer di buka hanya wak...