Segera kakinya melangkah laju menerusi koridor tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Hampir sahaja pelajar-pelajar di sekitarnya tersembam akibat langgaran mengejut yang penuh tergesa.Tercungap-cungap Tayama apabila dia sampai di hadapan bilik rasmi Presiden.Berita mengejutkan haruslah disampaikan dengan secepat mungkin.Jikalau tidak,sia-sia sajalah rancangan mereka bersama selama ini.
"PRESIDEN HARU SHION"
Jerit Tayama lantangnya.Menghiraukan akan jejaka berambut perang keemasan itu sedang menikmati teh herba pada waktu pagi sebagai sarapan.Tersedak sedikit pada anak tekaknya apabila Tayama menerjah kasar.
"Tayama Kaede.Dari azali sampai harini,bila nak berubah?Kalau saya mati tadi macam mana?"
Haru memulakan pembebelan umumnya.Sempat Tayama menyekat terlebih dahulu.
"Presiden,Yui ada dalam bilik saya sekarang."
Haru terus mengangkat sebelah keningnya.Pelik betul laporan Tayama pada pagi harini.Kenapa perlu bagitahu tentang Yui yang berada di biliknya pula?
"Dahtu?Yui ada dalam bilik kau,pergilah main sana."
Sesungguhnya apa yang Tayama cuba sampaikan lain daripada apa yang difahami oleh Presiden Haru.Otak kotor sangat,tak sempat nak cuci.
"HAISH...YUI NAYAMA SEKARANG ADA DALAM BILIK PERSENDIRIAN SAYA.KESIMPULANNYA,JIKA ADA YUI MAKA ADA LAH HYUI."
Tersentak seketika seluruh badan Haru mendengar tepikan agung daripada Tayama.Bukan setakat tersentak,malah hatinya tiba-tiba bertukar pelik apabila mendengar nama Hyui.
Segera Haru berlari anak ke arah bilik Tayama.Dengan hati berbunga-bunga,dia menguak pintu seluas-luasnya.
"HYUI!!!"Jerit Haru keriangan.Dihiraukan segala apa yang ada di sekelilingnya.Di kepalanya hanya ada Hyui.
"Ha??"Namun lain pula manusia yang menjawab sapaan.
Terang-terangan lagikan jelas yang duduk bersilang kaki di atas meja sekarang adalah Yui.Mengerling anak matanya melihat drama murahan Presiden.Teruk benar perangai.
"Hyui takde."kata Yui ringkas.
"Dia tak datang sekali ke?Kenapa tak bawak dia ke sini...?"
Wajah Haru bertukar masam.Jelas bibirnya dimuncung seperti itik.Rasa kecewa juga tersirat sedikit di hati.
"Ewah?Tak kata pun dia tak datang sekali.Hyui cuma takde kat sini.Dia ada kat lain."
Terus senyuman kerang diukir semula.Teruja.Tiba-tiba sahaja datang perasaan itu.Tidak sangka yang Hyui akan kembali semula ke sini.Adakah perancangan Tayama berjaya?
"Hyui kat mana? "tanpa membuang masa,soalan diacukan terus kepada Yui.
Namun tidak disangka,Yui bertarik tali.Bukan setakat tali,malahan rantai besi!
"Eh?Cari lah sendiri.Pandai hasut,pandailah cari."
Hah padan muke ko.Sape suruh hasut Hyui kesayangan aku.Kalau bukan sebab Hyui yang ajak datang,memang tak ler aku jejak sini lagi.Haa dah cari sendiri.Maleh aku layan.
"Oh?OKEY!BYE-! "
Sempat Yui menggelengkan kepalanya.Tak tahu nak kata bodoh ke apa entahlah.
Terus langkah dibuka besar menuju keluar dari bilik rasmi.Tidak pasti sama ada apa di fikirannya betul atau tidak,namun hatinya tiba-tiba terasa yakin.Satu-satunya tempat yang Hyui tahu di kawasan ni.
"Huff-...Ha....Huff---"
Nafas diatur laju setelah dirinya berlari anak ke kawasan ini.Kawasan di mana jauh dari blok pelajar yang lain.Kawasan di mana adanya taman permainan kecil.Juga,terdapat kanak-kanak yang riang belajar mengenai asas Omegaverse sementara ibu-bapa mereka belajar di blok MATE.
YOU ARE READING
┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃
Romance•°∅megaverse°• •Male Pregnancy• (This book was A Mistake when I was on my teenchild mind.Please read it on your own.Also im sorry for the bad plot and ridiculous thing in here.) enjoy ;-) Kehilangan kekasih hatinya yang membawa kandungan yang berusi...