27 - Secretary

552 41 6
                                    

Keesokan harinya,Yui dan Hyui masih lagi memunculkan diri sebagai pelawat VVIP yang tetap.Yang peliknya tugasan Hyui sebagai setiausaha diabaikan pula.Alang-alang mendatang,harusnya Haru memujuk semula.Sesungguhnya ketiadaan Hyui sebagai setiausaha amat tidak menyenangkan.Habis segala jadual untuk esok bertukar dengan jadual yang lama.

Kedatangan Yui kemari hanya untuk memastikan Hyui dalam keadaan normal.Tidak mahulah nanti kitaran heat Hyui datang secara tiba-tiba.Nak pula dengan jumlah pelajar Alpha di sekolah ini.
Bukan setakat pelajar sahaja,Presiden sendiri pun turut meragukan.

Seperti biasa,tempat melepak bagi Yui ialah di dalam bilik Tayama.Sungguh menyelesakan apabila baring di sofa empuk ini.Rugi betul kalau beli,tapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin.Tayama sekarang berada di bilik Haru,katanya Haru telah tertukar pasangan untuk pelajarnya sendiri.Ada ke patut presiden tulis pelajar Omega Yuzyume berpasangan dengan pelajar Omega Ike Ike.

Ish Ish Ish...parah betul.Baru dua minggu Hyui berhenti menjadi setiausaha,dah teruk macam ni sekali kecuaian Haru.

Bercakap mengenai Hyui,kenapalah agaknya mamat tu beria sangat nak datang sini.Padahal dia bukannya setiausaha mahupun pekerja di sini.Suka hati je masuk sekolah orang.

Eleh kau pun sama je.

Hyui sekarang berada di DayCare yang terletak berdekatan dengan blok Mate.Katanya suka melihat kanak-kanak yang bermain riang.Kalau suka,buatlah satu. Yedok?

"Haihh...bosan teruk."keluh Yui sambil skrin telefon pintarnya di belek-belek tanpa ada gunanya.

Sesungguhnya badannya amat malas untuk bergerak sekarang.Jikalau mahu,boleh saja dia ke pusat jagaan di mana Hyui berada sekarang.Tetapi sesungguhnya perjalanan dari sini ke sana amatlah jauh.Malas tau malas.

Yui masih dalam posisi baringnya.Sesekali dia memandang siling atas yang serba kosong itu.Entah bagaimana pada siling kosong itu,terlihat wajah Tayama yang tersenyum sinis.Cepat-cepat Yui menggeleng-gelengkan kepalanya.Hasudah...apa yang aku nampak tadi?

"Dalam banyak-banyak manusia...kenapa Tayama siotlah..."cepat-cepat Yui menutup wajah dengan tapak tangannya.Tiba-tiba rasa malu pula walaupun bersendirian di sini.

"Hmm..?Kenapa dengan saya?"

Tanpa disedari Yui,wajah Tayama sekarang berada betul-betul di hadapannya.Sesekali Yui mengalih tapak tangannya dari muka,terus terpampang wajah Tayama yang tersenyum kacak.

Mata mereka bertemu.Dup dap dup dap terasa jantung Yui.Terkaku juga Yui untuk seketika berserta pipinya yang sudah bertukar merah.Oh tidak!

Yui bingkas bangun dari sofa berkenaan.Berat terasa wajahnya untuk diangkat memandang Tayama sekarang.Bagaimana agaknya air mukanya sekarang?Adakah buruk adakah menggelikan?Arghh!
Tidak kedengaran pula tapak kaki Tayama memasuki bilik.Kalau tak,takde nya jadi macam ni.

"Yui?Kenapa ni?Okey tak?"soalan Tayama perlahan.Nada suara yang digunakan turut menggoda iman.

Oh Shit Oh shit Oh shit damn boii letme just die peacefullly.

"T-takde pape.Okey jee...haha..."Yui mengelak daripada dipandang.Entah kenapa mukanya sekarang bertukar merah.Tidak mampu untuk berhadapan dengan Tayama sekarang.

"Kalau awak okey,kenapa nampak merah je ni?Tutur Tayama sambil tangannya bertindak menyentuh bahagian dahi Yui.Pelik,tak panas pun.

Dengan sentuhan tangan Tayama tersebut,maka bertambah merah lah wajah Yui dibuatnya.Terasa sekarang disekelilingnya kekurangan oksigen.Jantungnya pula tidak berhenti berdegup kencang daripada tadi lagi.

"Yui?"panggil Tayama lembut.Kali ini suaranya betul-betul menggelegak di telinga Yui.Tunggu masa untuk meletup saja.

Yui membisu.Tidak tahu apa yang harus dia katakan sekarang.Dengan jantungnya yang tidak berhenti berdegup dari tadi.Hanya mampu dia memandang lantai sahaja.

┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now