21 - Small Talk

539 52 2
                                    

Ruangan gelap tiada cahaya mahupun sedikit.Tidak tahu dia dimana,hanya terduduk menunggu bantuan.Sesekali terdengar satu bunyi tapakan kasut.

Tap!

Segalanya kembali bercahaya.Namun kali ini ruangan bertukar putih.Emosinya bertukar cemas.Adakah dia sudah melalui saat-saat terakhir?Adakah ini yang dia terima setelah melakukan dosa?

"Hyui"

Bisikan suara seseorang memecah suasana sunyi.Hyui mencari punca tersebut namun tiada satu susuk tubuh yang kelihatan.Dek akalnya berfikir adakah ini hanya sebuah mimpi?Atau dia sekarang melalui saat kematian?

"Hyui"

Sekali lagi suara tersebut bergema.Akan tetapi kali ini muncul seseorang lelaki yang berpakaian serba putih bersama rambut berwarna kuning keemasan.

"Can you please...make him happy?"

Lelaki tersebut menundukkan wajahnya sambil bersuara perlahan.Aura disekeliling jelas muram bertambah sedih.Hyui hanya membisu tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

"Can you please...stay by his side?"lelaki tersebut bersuara lagi

Tiada kata-kata bagi Hyui.Kepalanya kosong untuk berfikir.

"Hyui...can you please...be his last..."tidak henti-henti persoalan ditujukan.

Sesekali wajah lelaki tersebut diangkat,Hyui terus tergamam.Segala memori dulu kini bermain dikepala.Terasa jantungnya berdegup laju.Nafasnya tidak teratur untuk mengangkut oksigen.Dia kenal lelaki itu.

"Sa-Sayaka..."monolog Hyui.

Sayaka hanya tersenyum tanpa bersuara.Sepertinya Sayaka masih lagi bermain-main di dalam mimpi Hyui.Yakin saja dirinya.Adakah ini benar-benar sebuah mimpi?Atau sekarang dia sedang menunggu saat kematian?

"Please"

Swoosh~

Bayangan Sayaka yang berpakaian serba putih itu tadi hilang bagaikan ditiup angin perlahan.Manakala suasana sekarang tiba-tiba bertukar kabur.Hyui semakin cemas.Apa yang sedang terjadi ni?!

Sepasang anak mata bersedia untuk menerima pancaran cahaya dunia.Sesekali kelopak matanya terkena sinaran mentari disebalik jendela,terus secara perlahan anak mata Hyui dibuka.Tidak dinafikan pelbagai persoalan berada di mindanya.Di manakah dia sekarang?Apa yang telah berlaku?Kenapa dia sekarang sedang terbaring?

"Urgh..."

Zapp!Sakit tak terkata menyerang kepalanya.Secara perlahan dia mengurut-urut kecil.Setelah sedikit reda,Hyui bangkit dalam posisi separa baring.Kepalanya disandarkan pada kepala katil.Sesekali matanya mengimbas keadaan sekeliling...

"Ehh?Tayama...-kun...?"

Penuh dengan rasa terkejut Hyui melihat Tayama yang terduduk di sofa berhampiran.Tiada suara yang dikeluarkan.Hanya sekadar Tayama berpaling memandang Hyui.

"Oh?Dah bangun rupanya..."setelah angan-angannya kembali ke realiti,dia memandang Hyui yang telah sedar.

Hyui sekadar mengangguk perlahan.Ragu-ragu baginya untuk bertanya mengenai apa yang terjadi.

"Kenapa Tayama ada kat sini?"

Macam pelik pula soalan tu.Seakan-akan mahu menghalau pula.

"Ohh...saya cuma temankan Yui.Dia ke kafetaria sekejap,dah masuk waktu tengahari tapi dia tetap degil nak tunggu Hyui sedar.Haihh..."

Hanya ketawa kecil yang mampu Hyui keluarkan.Bukannya dia tidak tahu akan perangai dan ragam Yui.Degil sangat dan suka buat keputusan sendiri.Hadeh.

┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now