Malam menjelma.selimut tebal ditarik perlahan bagi menutupi separuh dadanya.Cuaca di luar teramat sejuk sehinggakan penghawa dingin dimatikan dengan segera.Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 9;00,waktu yang sesuai untuk dia merehatkan tubuh badan serta otak yang telah penat bekerja seharian.
Haru menggapai alat kawalan jauh lampu yang berada di meja sisinya.Sekali punat 'off' ditekan,segalanya bertukar gelap sepenuhnya.Dia kemudiannya menarik bantal empuk lalu matanya dipejam perlahan.
Bzzz! Bzzzz!
Belum sempat 5 minit pun berlalu,telefon miliknya lantang membunyikan nada dering panggilan daripada seseorang.Dengan mata yang malas dibuka luas,Haru mencelik sedikit.Melihat nama yang tertera di skrin.
"Sayaka Yu"
Membutang.Kaku dirinya apabila membaca nama tersebut.Tiba-tiba terasa jantung berdegup kencang.Ingin berkelip juga payah.Haru kekeliruan seketika.Dia cuba untuk bertenang dengan situasi sekarang.Mungkin dia tersalah baca nama kerana mata yang ingin lelap.Dia cuba untuk memandang skrin telefon itu.
"Sayaka Yu"
Tetap sama.
Patut ke aku jawap?Kalau aku jawap...apa yang akan jadi nanti?Adakah aku...akan kena rasuk?Uish...mana mahu aku.
Bzzzzzz! Bzzzzzzzzzzzz!
Kali ini lama pula nada dering itu dimainkan.Ya atau tidak,Haru tetap harus menjawab panggilan tersebut.Sedikit perasaan ingin tahu dalam hatinya apa yang bakal terjadi.Simbol berwarna hijau itu dileret ke tepi sekaligus panggilan disambung sambil hatinya berdebar kencang.Perlahan-lahan gajet pintar tersebut dihalakan terus pada telinga Haru.Sempat juga dia menelan air liur dengan berat.
"Hey baby-boo~I got a good news!!"
Benar-benar suara rengekan Sayaka yang dia dengari sekarang.Seakan-akan tidak percaya apa yang didengari,Haru menahan air mata daripada jatuh.Dia rindukan lelaki ini.
"Baby boo???Are you there??"
Haru tersedar sesuatu.Suasana yang lain.Sepatutnya sekarang ini dia memarahi Sayaka kerana gambar yang palsu direka oleh seseorang.Namun,panggilan telefon kali ini tidak sama dengan kejadian dahulu.
Adakah...ini satu peluang?Benarkah dia telah kembali ke masa silam untuk memperbetulkan keadaan?Seharusnya dia memilih untuk berubah dan mengubah.Terus sahaja Haru tersenyum lebar sambil menjawap.
"Yes my Angel~I'm here."Haru menjawap dek berharap agar sesuatu ajaib akan berlaku.Inilah peluang.
"Baby boo...jum pergi date~Angel tunggu dekat tempat biasa tau."Suara Sayaka hampir menitiskan air matanya.Sudah 4 tahun dia tidak mendengar.Namun saat ini,pasti akan berkekalan selamanya.
'Tempat biasa' bagi Sayaka.Haru mengukir senyuman di bibir.Dia masih ingat Cafeo Kitty yang menjadi tempat paling banyak kenangan manis.Masih dia ingat yang pertemuan pertama bersama Sayaka adalah di Kafe tersebut.Juga pekerja di sana sentiasa menyokong setiap langkah yang Haru ambil untuk mengorat Sayaka.Indah bagaikan sebuah mimpi.Namun terjadi pada realiti.
Bergegas dia dengan bibir yang terhias senyuman menampakkan gigi.Disarung saja kemeja lengan panjang putih dan juga seluar hitam.Sempat juga dia menggayakan rambut biar terhias kacak apabila Sayaka memandang.
Ssapp!
Haru berlari ke arah pintu.Gembira.Suka.Teruja sekali dia ingin bertemu dengan buah hatinya.Peluang atau tidak,dia harus mengambil risiko untuk mengembalikan Sayaka disisinya.Tombol pintu bilik dipegang kemas.Berharap agar segalanya berjalan dengan sempurna.
YOU ARE READING
┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃
Romance•°∅megaverse°• •Male Pregnancy• (This book was A Mistake when I was on my teenchild mind.Please read it on your own.Also im sorry for the bad plot and ridiculous thing in here.) enjoy ;-) Kehilangan kekasih hatinya yang membawa kandungan yang berusi...