18 - Favourite Place

670 56 25
                                    

Kejadian yang masih segar dalam ingatan,Hyui menarik nafas sedalam yang boleh.Dia cuba menenangkan dirinya.Sesekali juga dia menyoal diri sendiri. Kenapa dia cium Haru?

Kenapa dalam banyak-banyak situasi,waktu itu juga yang dia ambil untuk mencium seseorang yang dianggap kawan?

Tunggu dulu...adakah presiden menganggap dia sebagai kawan?Atau hanya setiausaha yang hanya bekerja untuknya? Hyui musykil.

"Nununu...Apa aku nak buat lepas ni..."

Diingati semula semasa kejadian tersebut berlaku.Hanya kerana wajah Haru yang benar-benar kacak.Tidak.Mungkin kerana hatinya telah diambil Haru?Jika diimbas kembali,Haru merenungnya dengan lama dan...dia...

"AKU CIUM DIAAAAA!!!"

Bunuh je la aku sekarang.Macam mana aku nak berhadapan dengan Presiden esok? Bagaimana gais? How? Takkan aku nak mengelak lagi...

°•°•~•°•°

CHUP!

Segalanya begitu pantas.

Haru terpana.

Hyui pula menekup mulutnya.

Oh tidak.Apa yang aku dah buat...?

Sesekali Hyui menyedari apa yang telah berlaku.Dia telah mencium Haru...secara mengejut!

Mata mereka berdua membutang luas.Namun Hyui tidak lama,segera dia membuka pintu kereta lalu menapak masuk ke dalam kawasan rumahnya.Meninggalkan Haru yang terpaku bagaikan ais batu.

"What the...hell is goin on..."

Haru monolog sendiri.Dia cuba berfikiran waras sekarang.Namun pelbagai jenis soalan mula menguasai minda.Kenapa?Kenapa?Kenapa?APA?

APA YANG DIA NAK BUAT SEKARANG?

°•°•~•°•°

Pagi ini,di bilik rasmi Presiden Haru.Hyui cuba berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.Dia cuba untuk melupakan rasa yang dia alami sekarang.Dia berkata kepada dirinya, tidak elok untuk mempunyai perasaan terhadap Presiden sendiri...

Not good Hyui.You better stop.This feeling...

Namun secara mengejut,pintu bilik dikuak laju.Kasut berkulit hitam mula kelihatan menapak masuk ke dalam ruangan bilik.Terpana matanya apabila melihat susuk tubuh yang melangkah masuk itu.Sesekali dia menelan air liur,berharap Presiden Haru tidak memberi sebarang reaksi pelik.

Setelah pintu ditutup rapat,pandangan Haru kemudian dihala ke arah Hyui.Mereka bertemu anak mata.Namun, Hyui serta merta menunduk tanda hormat.Mungkin boleh dianggap sebagai alasan.

Keadaan bertukar sunyi.Haru hanya menggaru kepalanya.Dia juga tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.Segalanya seperti hilang dari ingatan.Apa yang ada hanyalah...ciuman mengejut semalam.

"Er...Hyui...jadual saya harini...?"

Haru cuba untuk berkomunikasi secara normal.Tidak mahu kehilangan Setiausahanya sekali lagi.

Hyui kelihatan sedikit terkejut.Serta merta dia memeriksa jadual harian Haru.

"EM...Harini...e-eh...Presiden...-"

Hyui mengerut dahinya.Dia cuba menggosok matanya,mungkin tersalah pandang.Namun segalanya benar di depan mata.

"Apa dia Hyui?"

"Harini...Presiden sepatutnya melawat ke blok C, blok Mate."

Reaksi Haru kelihatan seperti terkejut sedikit.Sememangnya setiap tahun akan ada lawatan mesra oleh Presiden ke blok C yang digelar Mate,di mana blok ini hanya dibenarkan pasangan omegaxalpha sahaja.

┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now