8 - 'Marx'

721 55 0
                                    

Setelah keputusan disahkan oleh kedua-dua Presiden sekolah, maka pasangan bagi pelajar Yuzyume dan pelajar Ike Ike akan ditetapkan.

Tanda pada leher mereka akan menentukan segala-galanya. Sekali mereka menanda kontrak untuk menjadi salah seorang pelajar Ike Ike, maka kontrak tersebut akan kekal sehingga dia berjumpa dengan pasanga yang mempunyai tanda leher yang sama.

Tanda pada leher tersebut lebih mudah digelar Marx. Marx yang ada pada pelajar akan terus kekal selama-lamanya.

Sudah tentu, setelah berjumpa dengan tanda Marx yang sama. Alpha perlulah 'menanda' omega iaitu pasangannya dengan cara menggigit pada Marx yang ada di leher Omega.

Dengan ini mereka akan sah bergelar Mate.

Presiden Haru berasa senang hati dengan kerjasama Presiden Hyui untuk menyatukan Omega Yuzyume dengan Alpha Ike Ike. Tidaklah dia berasa pening lagi untuk menyelesaikan masalah ini.




Beberapa helaian kertas diselak tenang oleh Hyui yang berada di dalam bilik rasmi Presiden Haru. Sejak akhir-akhir ini, Hyui terpaksa berulang-alik dari Yuzyume untuk ke Sekolah Tinggi Ike Ike bagi menentukan cara pelajar akan disatukan.

Tidak mudah yang disangka Haru. Jika dua sekolah yang berbeza sebegini, amat payah bagi pelajar untuk bersama-sama pasangan mereka.

Hyui buntu sama sekali. Kadang kala dia mengeluh kasar. Teringat dia akan pelajar miliknya yang diserang heat akibat putaran heat yang tidak normal.

(hmm... sound familiar...)

Juga ada yang datang menyerang pejabat miliknya semata-mata mahu berbincang mengenai Alpha mereka. Hyui juga buntu dahulu. Namun, mujurlah wujudnya sekolah yang pelajarnya hanya berstatus Alpha.

Moga-moga bahagialah pelajarku.

Hyui bersandar di sofa empuk berdekatan jendela yang biasanya menjadi tempat kegemaran Haru. Ketika itu, Haru masih lagi dalam mesyuarat bersama para guru dan hanya membiarkan Hyui di dalam bilik rasminya.

"Ahh... tenang betul... "

Keluh Hyui sambil memandang ke arah jendela luar. Cantik betul pandangan dari sini. Angin juga sepoi-sepoi bahasa saja bertiup di muka.

Matanya kuyu ingin terlelap. Dengan angin yang lembut menampar pipi ini, cukup membuatkan dia ingin rehat sekejap. Tidak sedar bahawa dia sekarang berada di tempat orang.

Secara perlahan, Hyui terlelap.




" Stupid Life! Argh! Baik mati saja... daripada layan perangai manusia sekarang! "

Kereta Rb Spyder hitam tersebut dipandu laju tanpa disedari. Pedal minyak ditekan sekuat hati dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Kecewanya dia. Marahnya dia. Sedihnya dia apabila kekasihnya sendiri berlaku curang. Meniduri Beta di tempat pelacuran berlaku. Dia sungguh kecewa. Hatinya bagaikan dikelar kaca tajam. Kenapa sanggup manusia membuat sedemikian rupa?

Hujan lebat menambah keruh keadaan. Pecutan yang laju itu menyukarkan dia untuk melihat jalan yang ada di hadapan.

Baik mati... daripada hidup..

Die... please die...

Dengan tidak semena-mena, seorang lelaki melintasi jalan tersebut tanpa menoleh kiri mahupun kanan. Pedal brek tidak dijumpainya. Keadaan bertukar cemas ketika itu.

HONKK! BUMMP!!!

Bunyi dentuman itu.Seperti dia telah melanggar sesuatu.

Tidak...

Seseorang.

"SAYAKA!!! "

Kedengaran suara lelaki lain menjerit kuat.

Hyui menggigil.

Apa... apa dah jadi... Apa yang aku harus lakukan? Tuhan... maafkan aku.

Dirinya lari membawa rasa cemas dan takut. Apa yang dia telah lakukan? Melanggar orang lalu melarikan diri? Kejam...

Aku lebih kejam daripada manusia yang berlaku curang.

"Hyui... "

Tolong... aku tiada niat...

"Hyui....

Maafkan aku... Insan yang bernama Sayaka...

"Hyui!!!" samar sahaja suara lain memanggil.

"Maafkan... aku... "

"Hey... Hyui... Kenapa ni? "

Kelopak matanya dibuka pantas.Nafas diatur laju.Peluh mula mengalir melalui dahinya.

Mimpi...

Kejadian 4 tahun yang lalu menghantui dirinya. Sudah lama mimpi tersebut tidak muncul namun, kenapa...?

Sekarang?

"Hyui...? "

Suara yang biasa dia dengari.

Presiden Haru.

Tanpa memikirkan apa yang terjadi, Hyui bertindak memeluk Haru. Haru mula terpana.

Takut... itu yang membuatkan Hyui tidak senang duduk. Selepas kejadian itu, dia tidak tahu bagaimana kondisi mangsa yang dia langgar.

Kes ini telah ditutup lama dahulu. Tiada siapa yang tahu. Hanya dirinya seorang. Kerana itulah, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Haru tidak membalas pelukan tersebut. Namun sebaliknya dia menenangkan Hyui yang sepertinya melalui mimpi ngeri.

"sshh... segalanya okey...takde apa-apa yang ngeri... dah dah... "

I killed him... I'm so sorry God...

To
Be
Continued

HOYAA YUNIVERSE!!!
So makin chapter makin banyak
cliffhanger ye.

HUEHEHEAHAHGAHE
biasalah Author ni
hanya gunakan imaginasi mengugay

HIAYAHASHASHSGA

Baiklah Yuniverse!
Jumpa di Chapter seterusnya!

V
O
T
E

STAR

HIYA

MUAH



┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now