Sibuk jari-jemari menaip patah perkataan di papan kekunci komputer riba itu.Anak mata juga tidak berkelip memandang skrin.Sesekali dahinya berkerut,juga dia mengetap bibir berulang-ulang kali.Apa yang telah terjadi?
Di bilik rasmi Tayama,siapa lagi kalau bukan Yui.Menghabiskan masanya dengan mencari latar belakang milik pasangan Haru secara terperinci.Semestinya Tayama tiada sekarang dengannya.Tayama ada urusan penting bersama keluarga Haru untuk diselesaikan.Manakala Haru pula menolak untuk bertemu dengan keluarganya.Tidak tahu mengapa bukan urusan saya.
Tap Tap Tap Tap
Papan kekunci ditekan laju bagaikan jari-jemari yang menari.
Kusyuk menaip sampaikan tidak sedar Hyui yang berapa di tepi.Sebenarnya sudah lama Hyui ada sebelah Yui.Cuma Yui saja yang tidak perasan.Idea nakal Hyui muncul di kepala secara tiba-tiba.Hehe
Fuuhh~
Hyui meniup telinga Yui secara perlahan dan menggoda.Terus terbangun Yui dari kerusi sambil menutup kedua-dua belah telinganya.Geli apabila sesuatu yang menyentuh bahagian telinga Yui yang sensitif.
"H-HYUI!"
Disangkakan Tayama,baru saja ingin bertukar kucing.Sekali pandang rupanya itu Hyui.Sakan ketawa melihat reaksi Yui apabila telinga diusik.Tak boleh sentuh sikit lah mamun ni.
Beralih kepada Laptop yang berada di hadapan Yui.Hyui benar-benar ingin tahu apa yang Yui buat sampai biji mata nak terkeluar memandang skrin laptop ini.Kut kut lah tengok benda-benda yang tidak senonoh-
"Kau buat apa dari tadi?Syok je aku tengok."
"Itulah kau tahu bercinta je.Latar belakang dia pun kau tak tahu."
Amboi dalam betul.Aku tanya sikit je pun.
"Kau...check latar belakang Haru ke?"
"Haah.Aku belum jumpa full lagi.Pasal pasangan dia pun sikit je aku jumpa.Gambar pun takde wey"
Hyui terdiam seketika.Tidak tahu apa yang mahu disuarakan.Padahal ini tentang Haru.Tetapi jika berkait dengan pasangan Haru...tiba-tiba saja dia terasa berat.
"Yui,...-"
Hyui memanggil perlahan dengan nada lembut.Tidak tahu kenapa tetapi dia tiba-tiba sahaja mahu bercakap mengenai hal ini.Yui hanya sekadar mendongak dagu tanda 'ya?'.
"Kau ingat tak..insiden 4 tahun lalu?..."
"Kau kenapa tiba-tiba cakap pasal benda ni?Dulu kau jugak yang bagitahu aku suruh diam."
Tiba-tiba Yui tidak berasa sedap hati.Laju tangannya menatal skrin ke bawah.Telinganya hanya mendengar apa yang Hyui cuba sampaikan.
"Entah wey...tiba-tiba je aku ni."
"Dah kalau gitu diam-diam je.Jangan sebut lagi nanti kau jugak yang bersalah."
Zapp! Seperti ditikam kaca pada perasaan Hyui.Dia tidak marah.Sememangnya itulah kebenaran.
Namun Hyui tidak berhenti di situ.Dia tahu yang Yui sibuk dengan Laptop di hadapan.Namun dia tidak boleh berhenti daripada meluah kata-kata ini.
YOU ARE READING
┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃
Romance•°∅megaverse°• •Male Pregnancy• (This book was A Mistake when I was on my teenchild mind.Please read it on your own.Also im sorry for the bad plot and ridiculous thing in here.) enjoy ;-) Kehilangan kekasih hatinya yang membawa kandungan yang berusi...