5 - white suit

868 51 7
                                    

Kemalangan 4 tahun yang lalu masih segar dalam ingatannya. Sering dia soalkan adakah dia telah lakukan kesilapan? Jikalau dia tidak memulakan pergaduhan...pasti insan yang dia sayang masih lagi ada untuk menemaninya sekarang.

"Sayaka... "

Nama itu disebut-sebut tanpa henti. Kadang rindu ini tidak mampu untuk dipadamkan. Memori demi memori berlegar-legar dalam ingatan. Namun apa yang dia boleh lakukan?

Tiada apa yang dapat diubah. Biarpun terasa ingin balik ke masa lampau, namun ianya tetap mustahil.

Klak! Klak! Klak!

Bunyi tapak kasut berkulit hitam itu jelas kedengaran menerusi koridor utama. Kot serba putih itu telah menarik perhatian ramai pelajar Ike-Ike.

Dia datang tanpa dijemput. Auranya sebagai alpha bergaya telah menarik perhatian umum.
Mata-mata pelajar tidak lepas dari memandang dia yang sibuk mencari sesuatu.

Lelaki berkot putih tersebut terus berjalan menerusi koridor. Sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang pasti tahu apa yang dia mahukan.

Sedang Tayama berjalan untuk ke arah bilik rasmi Presiden, tiba-tiba seorang lelaki melanggarnya sehinggakan fail yang ada pada tangannya jatuh berteraburan di atas lantai.

Lelaki itu memulakan bicaranya.

"Oh maafkan saya..."

"tak apa... "

Tayama menjawab ringkas. Sekali dia melihat susuk tubuh yang melanggarnya itu.

Snift Snift

Alpha...? Tapi... tak mungkin...

Tayama kehairanan. Memang pheromone yang dikeluarkan oleh lelaki yang melanggarnya tadi ialah Alpha. Namun... ada sesuatu yang pelik pada lelaki tersebut.

Setelah mengutip balik helaian kertas serta fail yang bertaburan tadi, lelaki tersebut bingkas berdiri memandang Tayama.

"Maafkan saya sekali lagi. Sebenarnya saya sesat dalam perjalanan ke Bilik Presiden. "

Bilik Presiden? Kejap... lelaki ni siapa? Kenapa dia nak jumpa Presiden Haru? Ada urusan ke?

Tetapi... setahu Tayama, Presiden tiada mana-mana appoinment mahupun sebarang mesyuarat harini.

"Maaf bertanya. Tapi... Awak ni siapa? "

Lelaki tersebut lalu tersenyum. Kemudian dia menjawap ringkas.

"I'm Hyui. Presiden Sekolah Tinggi Yuzyume"

"Ohh... "

Presiden rupanya...

EH

KEJAP...

PRE-...PRESIDEN?




Knock! Knock! Knock!

"Siapa? "

Soal Haru yang berada di dalam bilik Rasminya.

"Tayama."

"Masuk je la. Main ketuk-ketuk pulak.Biasa terjah je lain macam ketuk harini."

Pintu dikuak perlahan sambil kakinya melangkah masuk ke dalam.

"Presiden Haru...Presiden ada tetamu."

Haru mengangkat sebelah keningnya. Tetamu? Bukankah dia tiada sebarang perjumpaan hari ni? Siapa pula yang datang ni? Tak dijemput pula tu.

Haru segera bangun memperkemaskan kot serba hitam miliknya. Sempat dia memperbetulkan tali lehernya itu. Rambutnya juga disikit kemas untuk menjaga penampilan sebagai seorang presiden.

┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now