Minggu demi minggu berlalu pantas. Namun, Presiden Haru masih belum ada jalan penyelesaian.
Memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini, Presiden Haru hanya mampu mengurung diri di dalam bilik rasminya sahaja. Tidak mampu berhadapan dengan para pelajar mengenai populasi omega yang berkurang. Presiden Haru hanya mendiamkan diri mengenai perkara ini.
Akibat penat yang melampau, dia membuat keputusan untuk berehat sekejap. Dia menuju ke arah jendela yang dilihat bayang seseorang tempoh hari.
Berhampiran tingkap tersebut, Haru melabuhkan punggungnya pada sofa empuk bak span. Heh.
Kelopak matanya dipejam rapat. Dengan masa yang ada, dia cuba untuk tenangkan fikiran daripada masalah yang menimpa sekarang.
Omega...
"Haru-kun"
Terlintas seorang lelaki yang berambut keemasan di minda Haru. Wajah itu... amat dikenalinya.
"Haru-kun.Kenapa nampak sedih saja? "
Sayaka. Kenapa awak selalu muncul dalam fikiran saya. Padahal saya tahu yang awak takkan kembali...
"Maafkan saya... Sayaka. Saya tak sepatutnya... maafkan saya... "
Air mata kian mengalir melalui pipi Haru. Jelas dia sedang mengigau buruk. Namun, ia hanyalah Sayaka. Insan yang telah lama meninggalkannya dan tidak akan kembali lagi.
"Haru... "
Sayaka memanggil perlahan.
Dan untuk pertama kalinya, jelas dalam mimpinya, Haru melihat wajah Sayaka yang tersenyum manis. Dia rindu.
Kenapa... kenapa begitu cepat awak tinggalkan saya?
"Sayaka... tolong jangan pergi-"
Belum sempat menghabiskan kata-kata, Sayaka yang berada di dalam mimpi Haru laju membalas.
"Haru, carilah Omega terakhir.Jadikanlah dia sebagai sebaik-baik pengganti. Percayakan saya,buatkan dia bahagia. "
Sayaka tersenyum sekali lagi. Kali ini, ia merupakan senyuman terakhir. Mungkin juga senyuman yang tidak akan dapat dilihat lagi.
"Jangan risau.Kita akan berjumpa nanti"
Tiba-tiba saja cahaya yang terang datang lalu menghalang Haru daripada melihat Sayaka yang menghilang pergi.
Tidak... Tak... Tolonglah... Jangan pergi...
"SAYAKA!!!! "
Peluh mulai membasahi dahinya. Mujurlah, mata Haru sudah dibuka luas. Dia akhirnya kembali ke dunia realiti.
Jelas sekali, nafas Haru tidak teratur sama sekali. Ianya bagaikan mimpi ngeri namun masih lagi indah. Dia dapat melihat wajah yang dirindui. Sayaka.
"Presiden???"
Tayama melulu masuk setelah dia terdengar jeritan Presiden yang bergema ke arah bilik mesyuarat pelajar. Risau akan presiden yang bersendirian, dia terus menuju untuk melihat apa yang berlaku.
"Are you alright,Presiden? "
Risau melihat Haru yang dalam keadaan gelisah membuatkan Tayama tidak senang duduk. Peluh, nafas tidak teratur dan mata yang seperti baru saja terkena renjatan. Kenapa boleh jadi macam ni?
"Yes, yes. I'm Okey. Don't worry, you may continue your work"
"Em... Presiden how about you take a rest? "
Rehat?Disebabkan rehat sebentar tadilah yang membuatkan Presiden jadi macam ni. Silap-silap mimpi Sayaka lagi. Huish seram elok.
Sebelum Tayama beredar, dia teringat akan sesuatu perkara yang penting. Terus saja dia berpaling semula ke arah Presiden Haru.
"Presiden...mengenai populasi omega untuk harini... "
OMEGA? HAH?
Wait A Damn Minute.
Sepertinya Haru terlupa akan sesuatu yang berkaitan mengenai omega. Seperti ada sesuatu yang patut dia lakukan sekarang. Tetapi... APA?
"Pelajar yang berstatus Omega hanya tinggal 5 orang sahaja.Bilangan yang dalam proses putaran 'heat' hanya 2 orang pelajar. Bermakna, tinggal 3 lagi yang normal. "
3 orang pelajar? Adakah ini satu jenaka?!!
Dalam banyak-banyak Omega, tinggal 3 ketul je yang masih belum ada partner???!Terasa mahu pengsan saja. Baiklah saya pengsan dulu.
"Uegh!! "
Presiden tersungkur lemah sambil jari tangannya mengurut kasar kepala. Apa yang harus dilakukan lagi selepas ini? Jika bilangan Omega sudah habis... bagaimana dengan Alpha yang lain?
"Tayama... jika saya tiada... jagakan sekolah ini baik-baik... selamat tinggal... "
Presiden jatuh menyembah lantai. Fikirannya buntu sehinggakan tercetusnya drama murahan di dalam bilik rasmi tersebut.
• To be Continue •
Haiiiii Yuniverse
• Vote dulu ehe •Meh la sembang ngan author
╯﹏╰
kenapurr korunk senyap je
em
(ಥ_ಥ)
Mis nak kenal ngan pembaca
(っ˘̩╭╮˘̩)っ('゜艸゜)
Siapalah agaknya Omega yang Haru akan cari nanti ye?Hegegegegege
YOU ARE READING
┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃
Romance•°∅megaverse°• •Male Pregnancy• (This book was A Mistake when I was on my teenchild mind.Please read it on your own.Also im sorry for the bad plot and ridiculous thing in here.) enjoy ;-) Kehilangan kekasih hatinya yang membawa kandungan yang berusi...