34 - RUNN

514 26 5
                                    




🔞First of all I WANT you guys to read AGAIN chapter 28 :)
before You read all these new chapters FOR THE BEST EXPERIENCE ;)

🔞PERTAMA SEKALI, AUTHOR MINTA anak-anak yuniverse YANG DIPIJAKI untuk baca BALIK chapter 28 :] Ehe UNTUK PENGALAMAN MEMBACA YANG INDAH DAN NYAMAN.

(warning: SKIPS TIMES JUST SO MANY AF)





🌼 Thank you 🌼









Di sebuah Lapangan Terbang utama negara,tidaklah begitu sesak seperti hari cuti yang biasa.Kebanyakan orang di lapangan terbang ini hanya atas urusan kerja ke luar negara.Jadi perjalanan ke destinasi yang dituju pasti berjalan lancar.


Sepasang lelaki Omega.Seorang berambut royal dark-blue dengan baju Casual yang dipakai harini iaitu Soft-rosewood colors.Ditambah pula dengan kasut Yellow Pastel dipenuhi corak seni serta glitter yang menghias pandangan.Tidak lain dan tidak bukan,semestinya Omega Hyui yang mengheret bagasi ke tempat duduk yang berdekatan.

Seterusnya,pemuda dengan rambut soft-blonde dengan gaya moden yang tidak ketinggalan zaman.Baju yang digayakan memang terserlah dari jenama terkenal dunia. Tidak lupa perhiasan di kepala iaitu Bucket-Hat yang sedondon dengan baju yang dipakai.Kasut canvas gaya terkini sudah dilihat daripada jarak jauh.Siapa lagi jika bukan Yui,si bijak yang mengajak Hyui lari dan merosakkan hari bahagia Hyui sendiri.




Terlihat Hyui yang berada di kerusi menunggu ruangan tengah,Yui terus bergegas.Dilihat bagasi penuh mengelilingi Hyui.Apa agaknya manusia ni bawak sampai 3 beg penuh.

"Err...Hyui kau bawak apa sampai 3 bagasi kau angkut sini?"

Hyui menjeling tajam.Kalau tak kerana Yui yang memaksa untuk lari, tidaklah dia kelam kabut mengemas semua barang yang ada.

"Diamlah!"Hyui mencebik marah.

Sepatutnya hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidupnya.Kalau tak kerana Yui yang tiba-tiba ajak lari,pasti dia sudah berjanji temu dengan Haru sekarang.Haihhh.

Hyui mengeluh kuat.Berasa hampa kerana inilah detik terakhir dia berada di sini.Tiket pelepasan ke Canada dilihat berada di tangan Yui.
Sesekali dia memikirkan,adakah betul keputusan ini?

"Hyui...janganlah macam ni.Kau buat aku rasa bersalah tau tak.."

Melihat Hyui yang dari tadi kemurungan membuatkan Yui berasa serba salah.Namun dia ingat kembali tujuan asal mereka ke sini.Yui tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada Hyui jika Haru tahu bahawa Hyui ialah penyebab Sayaka kemalangan.

Hyui hanya mendiamkan diri.Tiada daya untuk bercakap.Mood nya juga tiba-tiba hilang.Biasanya orang pasti suka jika dapat pergi bercuti.Namun apa bezanya?Dia telah terlepas janji temu yang berharga buatnya.Pasti Haru berasa kesal sekali.

"Flight kita berlepas pukul 11:00 pagi tau"

Tiba-tiba Yui mencelah.

"Sekarang dah pukul berapa?"

"Sekarang...9:50 pagi"

Berjanggut lah aku kat sini.






⌫︎








Cemas kereta dipandu terus ke arah Lapangan Terbang tanpa memikirkan hal lain.Mindanya bermain soalan penuh emosi.Tidak henti-henti memikirkan apa punca semua ini?

┃𝚃𝙷𝙴 𝙻𝙰𝚂𝚃 𝙾𝙼𝙴𝙶𝙰┃𝔹𝕃Where stories live. Discover now