EPISOD 1

17.7K 601 345
                                    

SEPAKAN ditujahkan ke wajah lawan yang meluru ke arahnya dari belakang. Sontak, seterunya tersungkur di atas lopak. Pandangan dua remaja lelaki saling berlaga. Masing-masing dengan riak wajah yang terpancar dengan kebencian. Melihatkan itu, si lelaki yang gagah berdiri menujahkan lagi tendangannya ke wajah seterunya.

Membuntang mata si seteru tatkala gegendang telinganya seakan-akan berdengung dengan serangan itu. Ada titisan darah mula mengalir di dahinya.

"Aku dah kata, jangan lawan aku. Tapi, kau degil. Tak fasal-fasal tapak kasut aku melekat dekat muka berminyak kau itu! Eh alang-alang tu, aku nak bagi tips penjagaan..."

Belum sempat si remaja lelaki menoktahkan kata, ekor matanya menangkap seorang lagi musuh yang meluru ke arahnya. Tangkas, dia menoleh seraya menghayunkan tumbukannya bertubi-tubi ke rusuk musuh. Akibat tindakan tangkasnya, musuh tertunduk kesakitan sambil melekapkan tangannya ke perut.

Sakitnya bukan kepalang! Seakan-akan dirodok saja isi perutnya tika itu.

"Fulamak! Sorry wei! Mati-mati aku ingat lembu nenek aku yang bertanduk itu nak serang dari belakang. Aku apa lagi, lawanlah dulu sebelum aku terpelanting kena bantai!" provok si remaja lelaki sambil tersengih kelat. Kepalanya ditundukkan. Memandang wajah si seteru yang sudah kelat-kelat masam itu.

Tak semena-mena, si remaja lelaki berkemeja putih menjambak rambut musuhnya. Terdongak kepala si lelaki yang sudah berlumuran dengan darah setelah dibantai oleh musuhnya. Dadanya sudah turun naik melepaskan amarah.

"Bagi tahu ketua samseng dekat sekolah kau, jangan cari pasal dengan yang namanya Aisar Mumtaz! Kalau dia nak pertarungan seterusnya, ikutlah que dulu. Jangan nak sesuka hati nenek moyang dia saja nak potong que. Faham?" bisik remaja lelaki bertag nama Aisar Mumtaz. Nada suaranya kedengaran tegas. Ada arahan mandatori yang membuatkan seterunya menggigil ketakutan.

Siapa saja yang tidak kenal dengan pemilik nama Aisar Mumtaz cucu pemilik ladang lembu? Sebut saja sebaris nama itu, pasti ada murid yang gerun dengan kehandalannya di gelanggang persilatan. Sikapnya yang sukar ditebak itu membuatkan murid-murid sering berhati-hati. Bahkan, kenakalannya juga sudah diketahui di seluruh kampung.

Aisar mendengus seraya menolak kasar tubuh lawannya. Darah yang menitis di hidungnya dikesat kasar. Tajam anak matanya menerawang memerhatikan lima orang pelajar lelaki yang sudah mengerekot di atas rumput padang yang basah.

"Kau tunggu nasib kau Aisar! Memang hari ini hari kau, esok..."

Aisar ketawa sinis sebaik sahaja ayat klise itu menusuk halwa telinganya. Beg galasnya dicapai lalu digalas di bahu. Baju kemejanya yang kusut kembali dikemaskan. Kemudian, Aisar mengorak langkah ke arah si seteru yang sudah kematian kata.

"Kenapa? Kau nak panggil geng kau yang lain tibai aku? Huh? Ke marilah! Set masa dan tempat. Tapi dalam minggu depanlah appointment kita. Sebab esok aku nak settle hal aku dengan Sameon budak dadah belakang rumah mak cik aku pula!" tegas Aisar. Kakinya menguis-nguis lopak sehingga terpercik ke wajah seterunya. Sengaja menyakiti untuk memberikan kepuasan kepada diri.

"Urusan kita berenam kira sudah selesai eh. Kau orang ini kacau mood aku nak dating dengan Naralah! Aku tahulah bos kau orang itu cemburu Nara tak layan dia. Tapi apa boleh buat. Itu semua ketentuan yang Maha Esa. Kita sebagai umat manusia, haruslah menerima takdir yang sudah dituliskan buat kita. Sekian, tazkirah daripada ustaz Al Fadhil Aisar Mumtaz! Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu."

Sebaik saja Aisar memberikan tazkirah ringkasnya, dia bersiul senang hati dan melangkah keluar dari padang bola. Tangannya dilambai dari belakang bersama bibir yang sudah terherot sinis. Puas hatinya dapat membantai musuh yang tiba-tiba menyerang. Tak fasal-fasal, dia terpaksa 'berbuka puasa' dari bergasak.

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now