EPISOD 32

2.5K 222 87
                                    

SUASANA dingin dan sepi melatari sekeliling bilik yang malap tika itu.
Hanya sorotan mata bundar Inara yang saling bersatu dengan Ray. Tangan yang sedang mengenggam Glock dikemaskan. Kalau Ray mahu menyerang, barulah Inara akan melepaskan tembakannya. Seperti yang pernah diajarkan oleh Mustaqim dahulu.

Melihat Inara sedang mengancam, Ray tersenyum sinis. Figura Inara tanpa hijab dipandang dari atas hingga ke bawah. Rambut hitam pekat Inara yang dibiar lepas benar-benar menggetarkan nalurinya sebagai seorang lelaki. Lebih-lebih lagi baju t-shirt nipis yang tersarung di tubuh gadis itu. Meskipun cardigan menutup tubuh Inara, namun nafsu Ray masih juga bergelojak.

Doktor muda itu benar-benar kelihatan cantik dengan matanya yang galak.

Ketika Ray mula menghampiri, Inara turut melangkah ke arah pintu. Sebaik mungkin, Inara cuba melawan kesakitan di setiap sendi-sendinya akibat demam panas. Saat ini, hanya dia seorang saja yang mampu mempertahankan dirinya daripada musuh.

"Apa yang kau nak daripada aku? Kau nak duit? Ke kau ni... orang suruhan musuh abang aku?"

Ray melabuhkan duduknya di birai katil tatkala Inara mula bersuara. Senyuman sinisnya semakin kelihatan menyeramkan bagi Inara. Pandangan liar Ray itu benar-benar membuatkan Inara dicabuli. Tambahan lagi, auratnya yang sedang terdedah di hadapan musuh.

"R. A. Y. Itu nama aku. Siapa aku? Aku akan jadi pencabut nyawa kau. Sebelum tu, aku akan hadapkan kau di hadapan ketua aku dulu. Mungkin... dia nak buat abang kau terseksa bila tengok adik dia mati perlahan-lahan," ujar Ray. Tawa sinisnya terletus buat seketika. Membayangkan nyawa Inara dihapuskan di tangannya sendiri. Seperti janji yang sudah ditaburkan buat Kadir.

Seusai berkata, Ray menarik nafas panjang. Bantal di atas katil ditarik seraya meluru ke arah Inara. Glock yang berada di tangan gadis itu menjadi tumpuan utama. Seperti yang dijangkakan, Inara melepaskan tembakannya. Malangnya, Ray lebih cekap mengelak dengan menjadikan bantal sebagai benteng pertahanan. Kapas-kapas bantal terus berterbangan ke udara.

Inara kaget. Namun, tangannya masih cekap melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah Ray. Saat itu juga, tawa Ray semakin galak. Mengejek Inara yang melepaskan tembakan ke arahnya tanpa strategi.

Melihat Ray bijak meloloskan diri, membibitkan gerun di hati Inara. Nafasnya sudah tercungap-cungap dengan rintik-rintik peluh mengalir ke pipi. Saat itu juga, kesakitan di abdomen bahagian kanan kembali menyerang. Inara makin lelah!

Tembakan terakhir Inara akhirnya mengenai bahu Ray. Sontak, Ray kematian langkah dari terus mengelak. Bibirnya diketap menahan sakit. Tawanya terhenti. Hanya anak matanya yang sudah menikam anak mata Inara yang kelihatan tak bermaya.

"Aku... tak... akan biarkan... kau orang... me... menang!" jerkah Inara seraya meluru ke arah dapur. Pisau menjadi tumpuannya pula tika itu. Sebaik mungkin, Inara cuba melawan kesakitan yang semakin menyucuk abdomen dan sendinya.

Malangnya, Ray cepat bertindak dengan menjambak kuat rambut Inara. Mematikan terus langkah gadis itu. Lantas, kepala Inara dihentak ke atas meja yang dipenuhi dengan bingkai gambar dan piala kemenangan Inara.

Saat itu juga, pandangan Inara mula berbalam-balam. Terasa ada cairan darah mula mengalir akibat hentakan tersebut. Tak putus-putus Inara berdoa agar Allah melindunginya. Kalau pun ditakdirkan umurnya tidak panjang, Inara tidak mahu mati dalam keadaan tragis!

Lantas, Inara mula bertindak dengan mencapai apa saja senjata yang berada di meja tersebut. Apabila tangannya dapat menangkap sebuah pasu bunga hiasan, Inara terus membaling ke arah Ray. Nasib menyebelahi Inara tatkala dia terlepas.

Buru-buru, Inara menujahkan bertubi-tubi tendangan ke tengkuk Ray yang sedang menggelengkan kepala tatkala pasu berjaya ditujahkan di kepala Ray. Ray terduduk di atas sofa dengan penangan Inara. Lantas, gadis itu kembali meluru ke arah dapur.

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now