EPISOD 30

3.1K 251 183
                                    

SONTAK, kaki yang sedang melangkah terundur ke belakang sebaik saja sebuah kereta berwarna hitam dipandu laju di hadapan Inara. Bibir lantas beristighfar dengan kejutan itu. Hampir saja Inara menjadi mangsa langgar lari dek kerana kelajuan kereta berjenama Wira itu.

Namun, kali ini Inara merasakan tubuhnya kejang saat kenderaan tersebut berhenti di hadapannya.
Dua orang figura berpakaian serba hitam melangkah keluar dari kereta. Intuisi Inara mula terasa tidak enak dengan wajah bengis kedua figura tersebut.

Buru-buru, langkah terus diatur mahu melintasi jalan. Malangnya, lengan Inara sudah dicengkam erat dari belakang. Sontak, gadis itu terus berpaling seraya menghayunkan tendangannya ke tengkuk si figura. Lengan Inara serta-merta terlepas.

Namun, pergerakannya terkunci lagi di saat seorang daripada mereka mengacukan Glock ke arah Inara. Melihatkan itu, jantung Inara mula berdebar kencang. Nafas yang dihembus terasa sesak di dada. Dalam keadaan jalan raya yang sedikit lenggang, sudah tentunya tiada sesiapa yang perasan akan marabahaya di depan mata.

"Jay, heret perempuan ni masuk!" arah si figura yang memegang senjata. Anak matanya yang galak sudah saling bersatu dengan Inara. Menggertak gadis itu untuk menurut arahan.

Namun, Inara sengaja mengeraskan tubuhnya tatkala lengannya kembali dicengkam. Dia tidak akan sewenangnya menyerahkan diri meskipun nyawanya akan melayang bila-bila masa saja! Semua dendam lama ini harus berakhir.

"Pengecut!" cemuh Inara tiba-tiba. Segaris senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

"Aku tak nak berkasar dengan kau. Masuk atau kepala kau bersepai dekat sini juga!" ugut si penculik seraya mengacukan senjata ke tepi dahi Inara. Picu sudah ditarik tanda ugutannya serius.

"Kau ingat aku takut? Kesian hidup kau kan. Ikut saja rentak bos kau. Seronok ke jadi hamba abdi penjenayah?" soal Inara bersama tawa sinisnya. Memarakkan lagi api kemarahan musuh keluarganya.

"Kau jangan cabar aku!" jerkah si penculik seraya menghayunkan tangannya ingin menumbuk wajah Inara. Tangkas, Inara mencengkam pergelangan tangan lawannya dengan kuat. Glock cuba dirampas daripada pegangan penculik itu. Bibir diketap menahan geram.

Namun, kudrat lelaki itu lebih mendominasi. Laju saja tangan kirinya bertindak dengan mencengkam rambut Inara yang berbalut dengan selendang. Inara yang masih berusaha bergelut demi nyawanya terus menghentak lututnya ke kelengkang si pemegang senjata dengan kuat. Sontak, si penculik mengerang kesakitan. Tangan yang sedang mencengkam rambut Inara terus dipulas oleh gadis itu.

Inara akhirnya terlepas!

Buru-buru, gadis itu melarikan diri. Nafasnya sudah terasa mengah setelah bergelut. Namun, baru beberapa tapak Inara melarikan diri, lehernya terus dipaut dari belakang bersama Glock yang kembali diacukan di pinggangnya.

Inara cuba melepaskan diri. Namun, tiba-tiba saja tubuhnya terasa longlai. Gadis itu kelelahan. Ada rasa nyeri menyucuk abdomen kanannya. Kudrat Inara semakin beransur hilang tika itu. Entah mengapa tubuhnya tiba-tiba lemah pun Inara tidak tahu. Apa yang Inara tahu, sejak kebelakangan ini, kondisi tubuhnya bisa menjadi lelah secara tiba-tiba.

"Lepaskan aku!" jerit Inara sekuat hati tatkala dia sudah kembali ditolak masuk ke dalam sebuah kereta.

Serentak dengan itu, sebiji bola dilayangkan ke arah penculik Inara. Gadis yang semakin layu itu tersentak. Matanya membuntang melihat figura Zulfan yang sedang meluru ke arahnya.

"Inara!"

Hampir luruh jantung Inara tatkala melihat si figura bersenjata yang sedang menahan sakit, menghalakan Glock ke arah Zulfan. Inara menggelengkan kepalanya. Merayu agar Zulfan tidak menyelamatkannya.

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now