EPISOD 15

3.1K 284 206
                                    

MARISSA mengetuk pintu sebuah rumah tinggal yang terletak di ladang kelapa sawit bertalu-talu. Nafasnya sudah turun naik menahan amarah yang membenam di jiwa. Fikiran gadis berambut ikal itu semakin berselirat tatkala ingatannya mengimbas kejadian beberapa minit yang lalu.

"Mulut kau orang tu jaga sikit! Jangan nak pandai-pandai tuduh Aisar kalau tak ada bukti! Apa, kau orang ingat kawan kau orang yang berlagak perempuan Melayu terakhir ni, betul-betul kena rogol ke? Hah! Nak cakap bodoh, marah pula! Kau pula Marissa! Suatu hari nanti, kau betul-betul kena rogol baru padan muka kau!"

Aisar yang sedang menikmati cendol sudah tak keruan melihat amukan Inara. Seleranya sudah mati. Baru saja Aisar mahu memulakan hari baharu setelah kakinya sembuh, dia sudah dibantai sekali lagi dengan kata-kata nista penduduk kampung.

Lantas, Aisar bangun dari duduknya. Dia menghampiri Inara yang sudah berdiri di meja Marissa dan tiga orang rakannya yang lain. Melihat wajah Marissa saja cukup memberikan perit di hati Aisar. Namun, Aisar tidak mahu menanamkan kebencian di sudut hatinya.

"Nara, jangan buat kecoh dekat sini. Jom kita balik."

"Apa pula kecoh? Kita memang tak nak kecoh pun tadi! Tapi, tiga orang parasit termasuk perempuan gila ni yang buat kecoh. Eh, aku rasa nak cilikan..."

"Nama saja pelajar cemerlang tapi tak ada akal! Dah jelas malam tu Aisar ada dekat tempat kejadian. Rissa sendiri terus mengaku siapa pelakunya! Kau nak menangkan si perogol ni dah kenapa? Dah kena tebuk dengan Aisar ke apa?"

Tak semena-mena, Misha terjerit kecil tatkala semangkuk cendol disimbah ke wajahnya. Gadis berlipstik merah menyala itu lantas bangun dari duduknya. Kemarahan mula mendominasi mindanya tatkala Inara menyimbahnya sehingga melekit.

"Kau ni..."

"Hah kenapa? Nak gaduh? Marilah. Aku memang teringin sangat nak lumat muka kau dalam lumpur tu hah! Biar kena najis. Sebab mulut kau tu serupa macam najis! Busuk!" jerkah Inara. Lengan bajunya sudah disinsing hingga ke siku. Bersedia untuk menumbuk Misha yang sudah menimbulkan amarahnya.

Hampir saja Aisar tertawa dengan telatah Inara. Gadis itu benar-benar kelihatan comel ketika marah. Terasa sakit hatinya beransur hilang bila mendengar bait aksara di bibir Inara.

"Cukup Nara. Melebih dah tu. Kita balik dan kita sambung makan cendol dekat rumah. Aku bungkuskan cendol yang tak habis tu ya," pujuk Aisar seraya menarik lengan baju Inara. Menjauhkan diri sahabatnya dari si gadis bawang.

"Eloklah tu Aisar. Kejap lagi gerai ni makin banyak pula mak cik bawang muncul. Baik kamu ajak Nara makan cendol dekat rumah. Lagi aman dari hadap manusia tak bertamadun," ujar Mak Jemah. Buru-buru, wanita berbadan gempal itu membungkus dua mangkuk cendol buat Inara dan Aisar. Cendol istimewa turut diberikan untuk disedekahkan kepada dua sahabat itu.

"Benci betul! Nak makan cendol pun hilang mood! Kau tunggulah Rissa, bila pembalasan tu datang dekat kau. Baru kau tahu, langit itu tinggi ke rendah!"

"Hey baby... kenapa muka monyok? Cuba senyum sikit. Senyum itukan satu sedekah," ujar Thariq sebaik saja dia membuka pintu. Sesekali, pandangannya berpinar-pinar akibat khayal. Nikmat sungguh syabu yang baru saja menjadi santapannya.

"Aku tak puas hati dengan rancangan kau! Kau dah suruh aku fitnah Aisar supaya hubungan Aisar dan Inara terjejas. Tapi, kenapa aku tak tengok perubahan? Inara makin ganas adalah demi mempertahankan maruah Aisar!"

Thariq terkebil-kebil dengan lontaran amarah Marissa. Kepalanya dikalih memandang tiga orang rakannya yang sedang menikmati syabu. Ada juga yang sedang menyuntik dadah ke dalam tubuh. Bagaikan ada pesta dadah di rumah pekerja saja tika itu. Seketika, pemuda bermata kuyu itu tertawa sinis.

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now