Part 43

142 17 0
                                    

Pintu bilik diketuk.

"Masuk."

Dengan izin itu, muncul Dr Asma bersama tablet kaca ditangan.

"Dia dah lalui memori tu."

Satu senyuman nipis terukir setelah mendengar laporan itu. Kepalanya mengangguk perlahan, masih membelakangi Dr Asma.

"Prof nak tengak data?"

Tanya Dr Asma sambil menghulurkan tablet kaca itu. Tangan kiri Prof Arhan diangkat tanda dia tidak memerlukan data yang mahu diserahkan tadi. Melihat reaksi itu, Dr Asma mengangguk lalu keluar menutup pintu.

Perlahan Prof arhan mula ketawa kecil. Dua jarinya dihayun bagi membuka portal hitam sebelum dia masuk kedalamnya. Dengan rasa bahagia membuak didalam hati, senyuman bangga tersimpul menghiasi wajah. Kakinya berhenti tepat pada sebelah wanita yang berpakaian serba merah. Langkah Prof Arhan tadi disambung oleh wanita tadi. Bibirnya tersenyum lebar. Dihadapannya puluhan ribu makhluk vermoth yang menderam dahagakan darah. Kedua tangan diangkat. Dengan sepenuh hati, Kindoki melaungkan.

"Perperangan telah bermula! Bergembiralah anak-anakku."

Serta merta bergema kuat raungan vermoth.

***

"Hafiz. Semua dah bersedia." Panggil Azra dari muka pintu. Hafiz masih senyap memandang ke luar jendela.

"Hafiz?" Sekali lagi Azra memanggil.

Hafiz kelihatan sedikit tersentak. Kedua tangannya meraup muka.

"Kau okay tak ni?" Azra mula terasa tidak sedap hati dengan keadaan Hafiz. Lelaki itu menoleh kepada gadis yang mula risau. Bibirnya mengukir senyuman.

"Aku okay je. Nak mula sekarang ke?"

"Hafiz. Kau betul ke okay ni?"

Azra bertanya untuk mendapatkan kepastian. Iqbal tergelak kecil. Kakinya melangkah ke arah Azra.

"Aku okay. Kau jangan risau. Jom? Kita selamatkan Hana."

Balas Hafiz menepuk lembut bahu Azra. Cuba meyakinkan gadis itu bersama senyuman manis.

Mereka berdua berjalan ke arah bilik yang menempatkan Hana. Hafiz menarik nafas dalam sebaik sahaja dia berdiri disisi gadis yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Cuba fokus bagi memutuskan rantaian nyawa antara dia dan Iqbal.  Dia kemudiannya berjalan pula ke katil yang menempatkan Iqbal disebelah Hana.

"Iqbal. Untuk aku putuskan rantaian kau dan Hana adalah dengan bawa kau semula ke kejadian tu. Kau akan rasa balik semua kesakitan yang pernah terjadi. Kau dah sedia?"

Tanya Hafiz sambil memegang bahu Iqbal. Iqbal hanya mengangguk lalu memejamkan matanya. Bunyi bip dari monitor memenuhi ruangan sunyi itu. Hafiz memandang semula ke arah Azra.

"Jangan sampai kita kehilangan Iqbal."

Pesan Hafiz. Azra mengangguk. Dia tahu kesan akan lebih kuat pada Iqbal. Jadi dia juga perlu bersedia. Hafiz meletakkan tangan pada dada Iqbal dan Hana. Matanya ditutup rapat.

"Reverta Aias Herda."

Cahaya biru neon menyelubungi tangannya. Perlahan arus elektrik biru menikam dada kedua mereka.

"Urghhh" Berkerut dahi Iqbal menahankan sakit yang semakin kuat.

Terpapar memori Hana cuba menyelamatkan Iqball yang berlumuran darah.

"Iqballl!!"

Bergema jeritan Hana diminda Hafiz. Namun dia cuba untuk fokus. Tenaga Hana yang ada pada badan Iqbal perlu dipulangkan semua. Dan ruang kosong itu akan dipenuhi dengan tenaga simpanan Iqbal sendiri.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now