Julai 2020 -26 tahun sebelum-
"It has been 4 years. Tapi kenapa kajian demi kajian masih gagal? Kami dah melabur terlalu banyak wang ringgit. Namun hasil masih lagi 'atas tanah'. Berapa lama lagi yang kami perlu tunggu?"
"I boleh melabur sampai tahun ini sahaja. If you guys takes more than these wasteful years of waiting. I'm out. And I akan pastikan semuanya ditutup."
"Just tell us the exact date!"
"I am so done waiting for these long. When will I get my money back?!"
Kemarahan 3 ahli koperat lelaki dan seorang ahli koperat wanita bersidang didalam bilik mesyuarat itu tidak lagi dapat dibendung. Masing-masing mengharapkan wang meraka berjaya digandakan dari apa yang telah lebur. Seorang lelaki berdiri tenang dihujung meja. Segak berpakai kot hitam berkemeja putih. Tangannya disilangkan. Matanya dipejam sambil mengangguk-anggukkan kepala. Sebaik sahaja para pelabur selesai dengan hujah ketamakkan masing-masing, lelaki tadi membuka silang tangannya lalu diletak diatas meja. Menunjukkan kini giliran dia pula untuk bersuara.
"Serendibite dan Amordite adalah berlian yang tersangat unik didunia. Kewujudannya cuma 3000 tahun sekali. The red and black jewel is so pure. High value on the market. So here's the deal. Tuan-tuan dan puan, semua telah setuju untuk tunggu proses mengekstrak berlian tu. Kalau nak tarik diri, boleh. Tapi satu sen pun tuan dan puan takkan dapat semula, dah pelabur lain pula akan masuk untuk kaut segala keuntungan dari hasil pelaburan tuan dan puan. I've told you before about this. So the rest is up to you. Take it or leave it. We're done here."
Ucapan lelaki tadi langsung mematikan suara-suara mendesak itu. Dia lantas membetulkan kotnya lalu mengorak langkah keluar dari bilik mesyuarat, diikuti rapat oleh pembantu peribadinya.
"Professor Arhan! Proffesor! Ada kemalangan lagi."
Termengah-mengah jurutera binaan itu berlari kearahnya. Menunding jari ke arah kawasan kejadian. Riak wajah tenang tadi bertukar sedikit pucat. Pantas dia berpaling lalu menuju ke tempat kejadian.
Sekujur tubuh ditutupi kain putih terbaring dilantai. Kelihatan Professor Hasif dan Professor Asyraf melutut memeriksa keadaan mayat yang kaku itu.
"What happen?"
Tanya Proffesor Arhan mencangkung sedikit setibanya dia disitu. Rakannya, Proffesor Hasif sedikit mengeluh sebelum menjawab pertanyaan tersebut.
"Dia cuba pegang Serendibite tanpa menggunakan alat yang telah dikhaskan. Macam biasa, ingkar arahan. Look at his right hand, half of it pitch black."
Dia terdiam seketika. Diperhati lama tangan mangsa lalu bangun semula.
"Please call the rest of us, I have things to ask. Meet me at 4 o'clock in the meeting room."
Arahan Professor Arhan diterima dengan kadar segera oleh Professor Asyraf. Professor Hasif turut berdiri semula. Mengangkat tangannya kepada dua orang pekerja yang setia berdiri, tanda arahan supaya mayat tadi dibawa pergi dan diuruskan dengan baik. Proffesor Arhan membuka langkah untuk pergi.
"Arhan? Nak pergi mana?"
Lama dia diam dari menjawab pertanyaan Professor Hasif. Mukanya jelas kelihatan sugul yang teramat.
"Arhan?"
Panggil Professor Hasif lagi.
"Court. My wife ask for a divorce."
Tercengang Hasif mendengar kenyataan itu. Dipandang pembantu peribadi sahabatnya itu sambil memberi isyarat mata supaya memberikan mereka sedikit privasi. Professor Hasif datang mendekat. Dipegang kejap bahu lelaki itu lalu membawanya menuju ke arah satu bilik yang berdekatan.
YOU ARE READING
NOXIOUS
Фэнтези[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...