Part 25

477 49 16
                                    

Pintu bilik dibuka hanya muat untuk Hana meloloskan diri. Fikirannya menerawang entah ke mana.

"Hana?"

Panggil Awina melihatkan teman sebiliknya kelihatan kosong pada wajah mulus itu. Hana agak tersentak mendengar suara Awina. Sangkanya bilik itu kosong, maka Hana langsung tidak memandang sekeliling.

"Awina. Awalnya balik?"

"Awal? Dah pukul 2 pagi."

Balas Awina sambil menunjukkan jam kecil yang jarumnya tepat berada pada angka 2 dan 12.

"Ye ke? Hahaha. Aku tak sedarlah. Sibuk buat kerja tadi. Projek kau dah siap? Lama kau tak balik bilik."

Hana menuju ke arah katilnya lalu duduk membuka jaket. Awina memusingkan kerusi lalu berhadapan dengan Awina.

"Siap dah. Baru siap tadi. Aku ada balik bilik. Tapi untuk mandi aje, lepas tu aku keluar balik. Kau pun tak pernah ada kat bilik aku tengok. Busy jugak ke?"

Panjang lebar ucapan Awina, namun hanya Hana hanya diam tidak berkata apa-apa seolah-olah Awina tidak pernah bercakap dengannya. Hana benar-benar tenggelam dalam dunianya sendiri. Awina mengerutkan dahi. Tangannya dihayun-hayun depan muka Hana sehingga Hana memandang ke arahnya. Awina terus bertanya semula,

"Kau kenapa?"

"Hah? Aku? Aku okay je. Kau cakap apa tadi?"

"Kau ni. Kalau ada masalah boleh cerita dengan aku."

Tanya Awina. Nadanya prihatin namun Awina merupakan perisik bagi pihak Professor Arhan, segala maklumat amatlah berguna buat dirinya.

"Hmmm. Entahlah Awina. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku."

Awina memandang terus ke dalam wajah teman sebiliknya. Menanti Hana meneruskan kata-katanya.

"Aku terasa macam ada orang yang rapat dengan aku akan tikam belakang aku nanti. Its an uneasy feeling, ya know."

Awina tersentak. Pandangan matanya segera dialihkan. Dadanya terus berdebar hebat.

"Kenapa, umm kenapa tiba-tiba kau rasa macam tu?"

"Entah. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku baru-baru ni. Perasaan pelik-pelik je aku rasa."

"Perasaan pelik? Hana, kau jangan buat cerita seram pagi-pagi buta ni."

Ucap Awina memeluk tubuh. Berpura-pura takut bagi menampakkan dirinya normal. Bimbang Hana dapat membaca fikirannya, Awina perlu berhati-hati dengan setiap aksi yang dilakonkan. Dia tahu Hana mempunyai kuasa istimewa dan dia sendiri juga masih lagi menyiasat sejauh mana keistimewaan kuasa Hana seperti yang selalu diperkatakan oleh Professor Arhan serta mengapa Professor itu begitu teruja dengan setiap perkembangan Hana.

"Tak ada apalah. Aku emo sangat malam ni. Letih kot. Hahaha. Aku nak basuh muka semua lepas tu nak tidurlah."

Balas Hana lalu bangun menuju ke arah bilik mandi. Awina hanya mengangguk lalu kembali menghadap meja tulisnya sebaik sahaja gadis itu hilang dipandangan mata. Wajahnya berubah sayu. Kata-kata Hana meninggalkan kesan pada Awina. Tetapi gadis itu mempunyai alasan tersendiri mengenai misinya dengan Hana. Ditepuk-tepuk kedua pipinya bagi memperbetulkan semula perasaan yang bakal menyebabkan misinya gagal. Awina perlu kekal kuat. Hana merupakan sasaran utama bagi membebaskan dia dan adik kembarnya dari terus berkhidmat dengan Professor Arhan. Maka Awina masih tetap nekad dengan niatnya.

***

Gedebuk

Jatuh Imran melutut menghadap lantai. Teleportasi itu tadi meninggalkan kesan pada badannya. Lututnya terasa lemah. Haziq melepaskan pegangan pada lengannya lalu menuju ke arah Dr Asma yang sudah bersedia dengan dua gelas air kosong ditangan. Dicapai segelas air lalu dia bertinggung menghulurkan gelas tersebut pada remaja lelaki yang masih berpinar pandangan matanya.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now