"Kau ingat kau siapa, Amirul? Dahlah lembik. Sebab tulah mak bapak kau tinggalkan kau tepi jalan!"
Sinis sindiran bersama gelak tawa mengejek yang diterima oleh remaja lelaki itu bersama geng samsengnya. Tujuan Amirul datang berdepan dengan lelaki bermulut celupar itu hanya satu. Ingin berdamai. Namun kata-kata yang keluar dari bibirnya membakar hati yang berniat murni itu.
"Baik kau diam, Imran! Mak ayah aku tak ada kaitan dengan urusan kita."
"Ek elleh. Suka hati akulah nak cakap pasal apa. Mulut aku. Aku punya pasallah. Yang kau nak terasa kenapa? Benda betulkan? Kau bukan ada mak bapak pun."
Bibirnya diketap geram. Hati semakin panas terbakar. Dia cuba bertenang, namun lelaki bernama Imran tadi memang sudah melampau.
"Habis macam mana dengan mak ayah kau? Tak pernah datang pun melawat kau kat sini? Kau anak terbiar jugak ke?"
Amirul membalas tajam sindiran Imran. Senyuman sinis kelihatan. Imran terpempan. Tidak pernah Amirul menjawab sebelum ini. Biasanya remaja itu akan diam dan hanya menurut segala kata-katanya. Namun malam ini dia terasa dicabar.
"Berani kau nak cari pasal dengan aku!"
Tempik Imran yang berdiri gah dihadapan Amirul, semakin bengang.
"Aku minta kau jangan kacau aku lagi. Itu aje, Imran. Baik kau pilih. Samada kau nak berhenti sendiri, atau kau nak aku yang hentikan kau?"
Balasnya tegas. Mungkin sudah muak menjadi mangsa, kini dia mula bangkit mempertahankan dirinya. Hati Imran makin terbakar mendengarkan kata-kata amaran musuh utamanya.
"Kau jangan main-main dengan aku Amirul. Kau tak tahu aku siapa. Kau nak mati ke hah?!"
Amirul terdiam dengan jerkahan bengis Imran. Geng-geng samseng yang setia berdiri dibelakang Imran sudah mula menggenggam penumbuk sambil tersenyum menyeringai. Namun dikuatkan hatinya. Amirul tetap dengan pendiriannya, dia perlu tamatkan semua ini. Sudah terlalu lama dia menjadi mangsa, maka sebab itulah dia membuat keputusan untuk meminjam kuasa Amordite. Melihatkan Amirul yang masih tercegat menentang dirinya membuatkan Imran semakin bengang.
"Kau orang tunggu apa lagi? Pukul dia sampai mati!"
Arahan Imran diterima oleh konco-konconya. Kaki masing-masing berlari laju menerpa ke arah Amirul. Amirul bersedia, permata merah digenggam kuat lalu menyalurkan tenaga baru ke dalam setiap salur darahnya. Penumbuk padu yang dihantar berjaya ditolak pantas. Segala serangan dielak dengan mudah. Hentaman demi hentaman ditepis tepat. Sedikit pun tidak mengenainya, tidak seperti sebelum ini.
Terbit satu perasaan puas dalam hati Amirul. Dirinya kini seperti seorang yang hebat berkuasa. Amirul mencuba teknik baru, iaitu membalas semula serangan lawan. Badannya bertindak sendiri, menumbuk lawannya sehingga dia tercampak jauh.
"Hahaha!!"
Gelak Amirul seperti orang kurang siuman. Hatinya gembira dapat membalas semula segala apa yang pernah dia lalui. Kakinya memijak hebat samseng-samseng yang sudah terkulai layu. Daripada seorang yang pendiam, tingkah Amirul berubah serta merta. Puas, hatinya puas. Imran melangkah setapak ke belakang saat Amirul mula menoleh ke arahnya.
"Aku dah cakap tadi. Kenapa kau degil sangat Imran?"
"Ceh."
Imran mula tercabar, segera dia menyeluk saku seluarnya. Mengeluarkan sebentuk cincin berbatu merah. Disarungkan ke jari telunjuknya. Satu suara halus menerpa masuk ke dalam kepala Amirul.
"Get the ring. And your power shall be much greater."
Amirul lantas menghentikan langkahnya.
YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasy[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...