Cahaya terang masuk melalui tingkap kaca yang dibiarkan langsirnya terbuka. Bunga merah segar tersusun cantik diatas meja putih kecil berhampiran dengan katil. Keadaan bilik yang sunyi hanya kedengaran bunyi monitor memantau kadar kestabilan nadi. Perlahan Hana membuka mata. Topeng oksigen terlekap setia membantu pernafasannya. Kepalanya terasa sedikit berpinar. Matanya dipejam semula. Tidak bersedia menghadapi suasana yang terang benderang. Dia juga tidak pasti mengapa dia terbaring lesu diatas katil itu.
Klakk
Bunyi selak pintu dibuka pastinya ada seseorang yang sedang masuk melangkah ke arahnya. Hana cuba untuk melihat walaupun pandangannya samar.
"Hana?"
Suara Prof Asyraf melegakan hatinya. Terukir senyuman lemah saat bapanya mengusap lembut ubun-ubun Hana. Tangan kanan Hana cuba untuk mengalihkan topeng oksigen yang menutup mulutnya, mulutnya terkumat-kamit cuba membicarakan sesuatu. Prof Asyraf pantas mendekatkan telinga. Cuba mendengar permintaan Hana.
"Nak air."
Halus suara yang keluar dari tekak kering itu. Jag air jernih pantas dicapai. Laju air jatuh menuruni lekuk jag ke dalam cawan kaca. Ditekan suis biru yang berada di tepi katil bagi menaikkan sedikit kedudukan Hana untuk bersandar. Hana mula meneguk perlahan setelah topeng yang membekalkan oksigen itu dialihkan. Ucapan terima kasih diucapkan melalui senyuman kecil.
Klakk
Sekali lagi pintu dibuka. Kelihatan seorang doktor muda lelaki segak berkot putih tersenyum mesra sambil melangkah ke arah mereka.
"Hello, Hana!"
Sapanya sedikit menunduk. Hana membalas lemah. Dia masih tiada tenaga untuk berbuat apa-apa. Tangan doktor itu menekan-nekan pelbagai butang neon yang tertera di tablet kaca yang berada dihujung kaki Hana.
"Hmmm. Progress yang bagus. Your recovery is doing so well. Just get some rest and jangan lupa makan ubat, okay? And then only you're good to go."
Ramah nada dalam setiap patah katanya. Hana mengangguk lemah walaupun fikirannya masih lagi ligat memikirkan sebab-sebab dia boleh berada disitu. Prof Asyraf mengucup lembut dahi Hana sebelum dia mengiringi doktor muda itu keluar. Beberapa orang jururawat masuk kemudiannya merebahkan semula katil Hana seperti biasa. Disuntikkan cecair lain kedalam IV bag yang tergantung disebelah Hana. Selimutnya dikemaskan semula. Lalu Hana kembali tidur lena.
***
"Hai!"
Sapa Azra penuh senyuman sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Arman. Arman yang sedang berbaring selesa mula menginjakkan sedikit badannya untuk duduk. Pantas Hafiz membantu. Entah dari mana munculnya.
Berhati-hati Arman menjaga lengan kirinya yang berbalut rapi. Pertarungan yang lalu, kecederaan Arman lebih parah berbanding yang lain. Tangan kirinya patah dipijak ganas oleh "Hana". Mujur saja Hafiz sempat menyelamatkan dia sebelum pedang merah menusuk tepat ke dada.
"Okay tak?"
Tanya Hafiz setelah selesai menepuk-nepuk bantal lalu diletakkan belakang Arman. Arman mengangguk. Azra hanya mampu memandang. Tenaganya masih belum pulih seperti sediakala menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menggunakan kuasa penyembuhannya sehingga dia benar-benar stabil semula.
"Jangan risau."
Senyum Arman kepada Azra bagi menenangkan gadis itu. Tidak mahu Azra terlebih risaukan keadaan dirinya.
Klakkk
Pintu sekali lagi dibuka. Prof Asyraf berjalan masuk menolak kerusi roda Iqbal diikuti Prof Ammar, Prof Irfan dan Miss Amal. Iqbal cuma mengangkat tangan menyapa rakan seperjuangnya. Suasana sunyi menyelubungi segenap ruang bilik berdinding putih itu. Tiada siapa ingin bersuara. Namun bagi memecahkan keheningan tegang itu, Prof Asyraf membuat keputusan untuk memulakan bicara.
YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasy[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...