Setelah berminggu Professor Arhan menghilangkan diri, 2 hari lepas barulah Professor Hasif menjumpai sahabatnya yang terbaring lemah dilantai rumahnya sendiri lalu segera dikejarkan ke hospital. Kemana hilangnya dia sebelum ini tiada siapa yang tahu. Professor Asyraf masuk ke bilik pesakit bersama dengan Professor Hasif. Hanya mereka berdua sahaja yang dibenarkan masuk melawat Professor Arhan yang bergari kemas kedua tangannya disisi katil.
Professor Hasif menarik kerusi lalu duduk menghadap sahabatnya yang hanya memandang kosong keluar tingkap. Pengawai polis yang berada didalam bilik itu diminta keluar sebentar oleh Professor Asyraf. Memberikan privasi kepada mereka.
Professor Arhan dihadapkan pertuduhan membunuh 2 pengawal yang bekerja dengan mereka. Rakaman CCTV menjadi bahan bukti untuk pertuduhan itu. Mengenai kes letupan luar biasa pula masih dalam siasatan. Namun Professor Arhan tetap akan diletakkan dalam kawalan keselamatan yang ketat.
"Arhan."
Panggilan Professor Hasif dibiar berlalu. Dia tetap tidak menoleh. Langsung tiada reaksi diwajahnya.
"Arhan. Tell us what happen. Mungkin aku boleh tolong apa yang aku mampu."
Diletakkan tangannya dibahu Professor Arhan. Mengharap jawapan keluar dari bibir yang terkunci rapat. Namun kemudian perlahan Professor Arhan menoleh.
"Kau ada jumpa baki Amordite?"
Pertanyaan Professor Arhan memeranjatkan mereka berdua. Professor Arhan tersenyum sinis. Tangan kanannya pantas mencekik kuat leher Professor Hasif. Entah bagaimana dia melepaskan tangannya yang bergari tadi. Professor Asyraf pantas mengeluarkan sepucuk pistol automatik M1911 bila melihatkan keadaan itu.
"Arhan stop it!"
Desak Professor Asyraf cemas.
"Aku tahu kau ada simpan serpihan tu."
Masih sinis senyuman Professor Arhan. Langsung tidak menghiraukan amaran Professor Asyraf yang mengacukan senjata ke arahnya.
"Erk! Arhan! St..op!"
Ucap Professor Hasif tersekat-sekat menahan perit dicekik. Cengkaman Professor Arhan terlalu kuat sehingga Professor Hasif tidak mampu melepaskan diri.
"Arhan! Stop it or I'll shoot!"
Pekik Professor Asyraf memberi amaran keras. Pegawai polis yang berada diluar pantas masuk mengacukan pistol masing-masing.
"Kau tahu Hasif, aku perlukan Amordite tu dan aku takkan berhenti mencari. Jangan jadi penghalang aku kalau kau sayang nyawa kau dan keluarga kau."
Kata Professor Arhan yang kini sebelah matanya telah bertukar warna. Merah dan hitam, sama seperti pada hari letupan itu terjadi. Professor Arhan tersenyum sinis.
"Arhan stop!!"
Masih lagi dengan amaran supaya Professor Arhan melepaskan cengkaman kuat yang berada dileher sahabatnya.
"I wi....ll stt..op y..ou!"
Kata-kata Professor Hasif membuatkan wajah Professor Arhan bertukar bengis. Professor Asyraf cemas. Tangan sasa Professor Arhan menguatkan cengkaman dileher Professor Hasif. Berusaha untuk menamatkan terus riwayatnya.
"Arhan!!!"
BANGGGG!!!!!
Jatuh kerusi yang diduduki oleh Professor Hasif kerana dia bangun secara mengejut. Kedua tangannya memegang lehernya dalam keadaan yang cemas dan takut. Bunyi tembakan itu tadi mematikan segalanya. Professor Asyraf segera memegang bahu Professor Hasif supaya dia tidak jatuh kebelakang akibat bangun secara tiba-tiba. Wajahnya jelas dengan riak terkejut melihat keadaan Professor Hasif.
YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasi[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...