"Awina? Apa kau buat dekat sini?"
Jerit Hana memandang Awina yang masih tegak berdiri disamping tiga jejaka tadi. Awina cuma diam. Wajahnya kosong. Seolah-olah tiada perasaan. Arman juga memandang Awina, tidak pasti samada Awina dijadikan sebagai tebusan atau lawan.
"Kau siapa?"
Tanya Arman lagi buat kali kedua. Remaja lelaki tadi tergelak kuait. Seolah-olah soalan Arman begitu lucu.
"Kau nak tahu kitorang siapa? Well, since you all going to die. I'll tell you."
Namun tangan remaja lelaki sebelahnya tadi pantas menggenggam lengannya. Menghentikan kata-kata yang akan keluar. Mereka saling berpandangan, tidak berpuas hati dengan sikap masing-masing.
"Awina!!!! Awina!!!! Kau okay tak?!!"
Jerit Hana tanpa mempedulikan keadaan sekeliling dan cuba melangkah ke arah rakan baiknya. Namun Iqbal pantas memegang lengan Hana. Tidak mahu lagi Hana bertindak melulu.
"Haish. Bising betul. Diam sikit boleh? Apa soalan kau tadi? Oh, ye. Kau tanya aku siapa. Well, aku Imran. Ini Amirul dan Haziq. Dan Awina. Aku yakin kau dah kenal dia."
Benar sangkaan Arman. Awina berada dipihak mereka. Awina merupakan misi sulit Arman sendiri. Namun Awina pandai menyembunyikan identiti serta bukti mengenai dirinya. Jadi mengapa pula kali ini dia begitu berani menampilkan diri. Persoalan itu bermain difikiran Arman.
"Kalau nak hidup lama, aku rasa baik kau serahkan budak perempuan tu. We need her."
Imran mencelah sambil menunding jari ke arah Aini dan Hana. Wajahnya bersahaja memandang Azra yang mula memandang tajam ke arahnya apabila mendengar kata-kata itu.
"And if she refuse?"
Tanya Arman lagi bermain kata. Tangan kirinya disorokkan kebelakang. Memberi isyarat ke arah yang lain secara rahsia supaya bersedia untuk bertindak apabila diberitahu.
"Then it will be by force."
Sebaik habis kata-kata Imran, pantas tangan remaja lelaki yang bernama Amirul itu tadi melemparkan jarum-jarum merah laju meluru ke arah mereka berenam. Arman melompat beberapa langkah mengelak segala serangan. Iqbal membuka perisai putih menahan jarum-jarum yang mendatang.
"Hana! Pergi dari sini. Lari!"
Pesan Iqbal lalu melangkah laju untuk menyerang lawan meninggalkan Hana dan Aini. Hana terus menarik tangan Aini untuk segera pergi dari situ.
"Kenapa? Kenapa semua orang nak bunuh aku?"
Kata Aini tertekan dengan situasi yang kerap kali dia alami. Hana tidak membalas, kakinya masih melangkah pantas. Berlari ke arah bangunan pertahanan.
"Hana!"
Panggilan seorang lelaki mengejutkan Hana. Tiba-tiba satu letupan berlaku tepat dihadapan Hana, menghentikan langkah larian gadis itu. Debu tanah naik ke udara mengaburkan pandangan mata.
"Hana!"
Aini bersuara memanggil Hana. Dia menoleh, debu-debu tanah masih pekat mengelilingi mereka. Aini mengangkat tangan kanannya ke udara. Dia cuba fokus.
"Releris!"
Angin kuat muncul berpusar dari hujung tangan Aini. Sekaligus menghapuskan debu-debu degil yang mengaburi pandangan mata. Namun lain pula yang jadi. Kedua mereka terpempan. Mereka kini berada ditempat yang dikelilingi dengan cermin kaca. Cermin yang memantulkan beribu bayang susuk mereka sendiri.
"Ilusi?"
Getus Hana memandang persekitaran mereka. Aini berpaling ke arah Hana, namun langkahnya terhenti saat dihadapannya muncul satu lagi lapisan kaca yang memisahkan mereka berdua.

YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasía[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...